SINGAPURA: Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.
Perkara itu disahkan peguamnya Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama.
"Ya. Dia telah menjalani hukuman," katanya ketika dihubungi.
Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, yang pelaksanaannya ditetapkan hari ini.
Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.
Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama.
Menurut Too, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang.
Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di republik itu pada 24 Okt 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15gm diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.
Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.
Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Kalwant dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah. - Foto media sosial

8 premis makanan kotor diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan dalam Op Premis Bersih Peringkat Negeri yang diadakan selama dua hari bermula Rabu di dua daerah berkenaan.

Merdeka 65 | Semarak Kemerdekaan dengan hidup sihat
Pelbagai wadah dan cara yang dilakukan bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun Kemerdekaan kali Ke-65 dalam fasa endemik. Peluang dan ruang itu juga turut dimanfaatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu dengan melakukan pendakian merdeka di Bukit Besar,Kuala Terengganu.

Hari Kemanusiaan | Satu dekad Malaysia for Syria
Tidak banyak perubahan yang positif di Syria melainkan keperluan kemanusiaan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia for Syria (MFS), Syahrir Azfar Saleh.

AWANI Pagi: Apa itu sukan finswimming dan perbezaannya dengan renang?
Sejauh mana tahap perkembangan sukan ini dalam kalangan warga Malaysia? Lebih penting, bolehkah negara menganjurkan kejohanan peringkat dunia sukan finswimming ini? Tidak lama lagi, kesemuanya bakal menjadi kenyataan menerusi latihan khas sukan ini di Malaysia yang diperluaskan hasil daripada latihan di Tanzania bersama bekas Naib Juara Dunia, Rubes Leva. #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Tenaga Buruh | Produktiviti buruh suku kedua meningkat 5.5 peratus
Produktiviti buruh suku kedua yang meningkat jelas menunjukkan Malaysia berada dalam landasan terbaik menuju ke arah pemulihan sepenuhnya pascapandemik COVID-19, kata Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani.

Rayuan SRC: Najib lepaskan peguam cara Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners
Ketua pembelaan Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan perkara itu kepada panel lima hakim yang dipengerusikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Apple beri amaran kelemahan sistem membolehkan iPhone, Mac digodam
Apple dalam kenyataan hari ini menggesa pengguna mengemas kini perisian pada peranti iPhone, iPad, dan komputer Mac.

Jelajah AKM Selangor buka tirai hari ini di pekarangan Stadium Shah Alam
Jelajah AKM Selangor yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 9 malam akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 petang nanti.

Saham | Mampukah Malaysia kekalkan momentum bersama pelabur asing?
Prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melepasi paras psikologi 1500 mata disebabkan prestasi ekonomi memberangsangkan susulan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua tahun ini yang diterbitkan melebihi daripada jangkaan, kata Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.

Pendakwaan sambung hujah dalam rayuan kes SRC Najib
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram membentangkan penghujahan pada 9.30 pagi ini di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Polis tumpaskan 'Geng Seri'
Suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.

Kemboja tangkap lebih 9,100 suspek dadah dalam tempoh tujuh bulan
Antara jenis dadah yang dirampas termasuk heroin, ekstasi, kokain, kristal methamphetamine, pil methamphetamine, cathinone dan ketamin.

Op Tapis: Polis rampas dadah bernilai lebih RM800,000
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan bersama Pasukan Zon 1 Bukit Aman berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM814,612.25 dan menahan 301 penagih serta pengedar dadah menerusi Op

Polis nafi kasari suspek kes dadah
Polis menafikan dakwaan bahawa seorang suspek telah dikasari sehingga menyebabkan kecederaan serius dalam satu serbuan di Seri Manjung, Lumut seperti yang tular di akaun Twitter seorang pemilik.

Polis Johor rampas dadah, sita aset sindiket RM1.1 juta
Hasil serbuan di sekitar Iskandar Puteri dan Pekan Nanas, Pontian itu berjaya merampas pelbagai dadah.

Sindiket edar, cuci dadah lama tumpas
Sindiket pengedaran dan mencuci dadah tumpas dalam tiga serbuan berasingan di Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Pekan Nanas oleh polis.

Polis tahan enam individu, rampas 38 kg dadah lebih RM1.3 juta
Polis menahan empat lelaki dan dua wanita selepas menemukan 38.161 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai lebih RM1.3 juta.

Bagaimana dekriminalisasi ganja beri kesan ke atas pelancongan Thailand?
Menteri Kesihatan Thailand memberi amaran kepada pelancong bahawa ia bukan 'undangan' bagi warga asing menggunakannya secara bebas.

Enam sekeluarga ditahan bersama dadah bernilai RM694,412
JSJN Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket itu selepas menahan sepasang kekasih di tepi jalan di kawasan Bayan Lepas.

Lelaki positif dadah miliki pistol, peluru ditahan
Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki sepucuk pistol jenis Colt dan enam butir peluru hidup di Taman Ria Jaya, di sini, pada Sabtu.