Rakyat Malaysia yang datang ke Bali sama ada untuk bercuti atau urusan lain, diingatkan sekali lagi agar memaklumkannya kepada Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di pulau itu bagi memudahkan komunikasi berikutan gunung berapi Gunung Agung masih berstatus 'awas'.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata pada masa ini pihaknya dan Pejabat Konsul Kehormat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di Bali terutamanya pelajar, ekspatriat dan pelancong.
"Pihak kedutaan juga telah menyelaras dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bali untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Sebelum ini, pihak konsulat telah menghubungi beberapa pelajar Malaysia yang berada di dalam zon bahaya iaitu dalam lingkungan 12 kilometer dari puncak gunung agar berpindah ke tempat selamat.
Zahrain turut meminta nasihat serupa dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Malaysia yang membawa rakyat Malaysia ke Bali.
Rakyat Malaysia boleh mendaftarkan keberadaan mereka di Bali menerusi Facebook @embassymalaysiajakarta dan Twitter @myembjkt, atau menghubungi kedutaan besar di Jakarta menerusi talian +62215224947 atau +6281380813036 (selepas waktu pejabat) atau e-mel [email protected] yang berada di Bali pula boleh menghubungi Pejabat Konsul Kehormat Malaysia diPuri Kumara Sakti, Jalan Bentuyung, Ubud, Gianyar, 90571 Bali atau telefon +62361973182/ +6281237154050 atau e-mel [email protected].
Media tempatan hari ini melaporkan setakat ini pihak berkuasa telah memindahkan lebih 200,000 penduduk dari kawasan zon bahaya sejak gunung berapi itu mula mengeluarkan asap tebal dan berlaku beberapa gempa kecil.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi mengesahkan status Gunung Agung yang terletak di daerah Karangasem boleh meletus pada bila-bila masa dan rakaman satelit menunjukkan ada rekahan pada kawah gunung setinggi 3,031 meter dari aras laut tersebut.
Gunung berapi tertinggi di Bali itu pernah meletus dan memuntahkan lahar pada September 1963 yang mengorbankan lebih 200 nyawa dan memusnahkan ribuan rumah di kawasan sekitarnya.
Sementara itu, Gabenor Bali, I Made Mangku Pastika dipetik meminta orang ramai tidak menyebarkan berita palsu kononnya gunung berapi itu telah meletus dan mengeluarkan lahar seperti yang disebarkan oleh media-media sosial.
Sambil menegaskan gunung tersebut belum meletus, beliau berkata pihak berkuasa telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang ramai.
"Jika Gunung Agung meletus, maksimal dampak dari erupsi dan debu vulkanik hanya sekitar 12 kilometer dan jangan dipikirkan ia menjadi ancaman bagi pariwisata (pelancong) dan kehidupan masyarakat Bali," katanya.
(Jika Gunung Agung meletus, kesan maksimum letusan dan debu gunung berapi hanya dalam lingkungan 12 kilometer dan jangan bimbang, ia tidak mengancam pelancong serta kehidupan masyarakat di Bali).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2017
Setakat ini, pihak berkuasa dilaporkan telah memindahkan lebih 200,000 penduduk dari kawasan zon bahaya sejak gunung berapi Gunung Agung itu mula mengeluarkan asap tebal dan berlaku beberapa gempa kecil. - REUTERS / Fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).