Semakin ramai rakyat Malaysa kini tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai yang kurang berpuas hati, dan mahukan kadar faedah yang tinggi dikurangkan berdasarkan cabaran ekonomi semasa.
Menurut Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia baru-baru ini menunjukkan 46 peratus responden berkata kadar faedah terlalu tinggi berbanding 31 peratus yang mengatakan kadar itu boleh diterima.
"Walaupun pinjaman diluluskan, terutama semakin banyak permohonan bersama, ramai pengguna memperoleh margin pinjaman yang lebih rendah serta bayaran balik setiap bulan.
"Bank kini meluluskan lebih banyak permohonan, namun ada masanya. pakej yang ditawarkan tidak menarik kepada pengguna," kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, dalam satu kenyataan pada Rabu.
Berdasarkan data PropertyGuru, sejumlah 91 peratus responden menyatakan mereka pelukan pinjaman bank untuk membeli rumah, dengan 45 peratus memilihj pembiayaan 90 peratus manakala 25 peratus lagi bersedia menerima pembiayaan antara 70 dan 80 peratus.
Sejumlah 18 peratus lagi memilih pembiayaan 100 peratus.
Keputusan terbaharu itu selari dengan keputusan tinjauan bahawa pasaran hartanah Malaysia sudah mencapai kedudukan stabil dengan peningkatan harga secara beransur-ansur namun mampan, berbanding peningkatan ketara sejak dua hingga tiga tahun lepas.
Berdasarkan senario ini, Fernandez berkata rakyat Malaysia terus berhadapan cabaran dalam pemilikan rumah walaupun mereka bersedia untuk membeli.
Halangan yang masih dihadapi pembeli, terutama pembeli rumah kali pertama, ketidakcukupan dana selepas membayar ansuran bulanan atau memenuhi kos pendahuluan seperti duti setem, guaman dan berpindah masuk, katanya.
Fernandez berkata penyelesaian untuk pembeli rumah kali pertama mungkin berupa kadar faedah khas jika mereka mampu membeli hartanah pada julat harga khusus di pembangunan berorientasikan transit.
Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia berkata mereka menggunakan tabungan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli hartanah, sama ada untuk bayaran deposit atau menampung kekurangan dalam jumlah pinjaman utama, peningkatan sentimen lima peratus tahun ini berbanding 38 peratus pada separuh kedua 2016.
"Secara umumnya, seseorang yang menggunakan tabungan persaraan untuk membeli hartanah menunjukkan ketidakmampuan dalam pasaran. Ia juga mungkin bermakna pengguna mengutamakan pemilikan rumah berbanding tahun-tahun persaraan masing-masing.
"Yang lain mungkin merasakan pulangan daripada KWSP tidak menarik, oleh itu lebih baik menggunakan wang berkenaan untuk dilaburkan dalam kediaman yang akan menjana peningkatan modal selain bumbung untuk berteduh," kata Fernandez.
Tinjauan setiap setengah tahun sejak 2009 itu mengukur sentimen dan jangkaan dalam persekitaran pasaran hartanah untuk menyediakan maklumat bagi membolehkan pembeli membuat keputusan selain membolehkan ejen hartanah dan pemaju memperoleh perspektif yang lebih baik mengenai pasaran hartanah tempatan.
Tinjauan separuh pertama 2017 menyaksikan 949 responden di Malaysia dan lebih 3,100 responden di seluruh Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2017

Rakyat Malaysia terus berhadapan cabaran dalam pemilikan rumah walaupun mereka bersedia untuk membeli. -Gambar fail.

Penglibatan pengamal perubatan am, swasta dalam agihan vaksin
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu diambil bagi memaksimumkan akses pengagihan vaksin kepada rakyat dengan lebih meluas. Kata beliau, penglibatan golongan itu bagi pelaksanaan Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan Fasa Kedua iaitu selepas April hingga Ogos 2021 dan Ketiga pada Mei 2021 hingga Februari 2022.
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894222/17218729941615182160911_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Malaysia akan tandatangan tambahan bekalan daripada Pfizer, minggu ini
Menteri Penyelaras Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, Pfizer bagi membekalkan 32 juta dos bersamaan 50 peratus populasi penduduk negara. Dalam masa sama, penghantaran bekalan dos vaksin Pfizer pada 11 Mac 2021, manakala Sinovac pula 100,000 dos pada 12 Mac dan 100,000 dos lagi pada 19 Mac.

Jumlah vile vaksin yang telah diterima di Malaysia setakat Isnin, 8 Mac 2021
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, lima daerah paling tinggi vaksinasi Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuching, Kuantan dan Kota Kinabalu manakala lima negeri paling tinggi menerima vaksin Sarawak, Pahang, Selangor, Kelantan dan Sabah

Ini lima tumpuan ucapan Perdana Menteri sempena Hari Wanita 2021
Pencapaian memperlihatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang masih kurang diberi perhatian sepenuhnya.

Vaksin COVID-19: 139,720 terima vaksin, lebih 3.8 juta daftar PICK
Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi iaitu seramai 22,140 individu.

'Hadkan pengambilan garam, kurangkan risiko sakit jantung, strok' - Dr Noor Hisham
Tahap pengambilan garam bagi rakyat Malaysia adalah agak tinggi iaitu pada kadar purata 7.9 gram atau 1.6 sudu teh sehari, melebihi saranan lima gram sehari oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bazar Ramadan di Melaka boleh beroperasi jika MKN benarkan - Ketua Menteri
Kebenaran itu bergantung pada keputusan Majlis Keselamatan Negara dan penurunan statistik harian kes COVID-19 di negeri berkenaan.

Wawancara Oprah: Markle dedah Kate Middleton buat air matanya tumpah sebelum majlis perkahwinan
Meghan Markle membuat pengakuan mengejutkan apabila mendedahkan isteri Putera William, Kate Middleton membuatnya menangis beberapa hari sebelum majlis perkahwinan pasangan diraja itu pada 2018.

Pengurusan pengangkutan yang baik dapat elak kemalangan - NIOSH
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berpendapat pengurusan pengangkutan yang baik bakal membantu mengurangkan kemalangan di jalan raya.

Broker hartanah haram bakal berdepan tindakan tegas - Zuraida
Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.

Rakyat Malaysia mahu kadar faedah tinggi untuk pinjaman perumahan diturunkan
Semakin ramai rakyat Malaysa kini tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai yang kurang berpuas hati, dan mahukan kadar faedah yang tinggi dikurangkan.

Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah bunuh ejen hartanah
Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita.

Kes tembak OUG: Tujuh didakwa bunuh dan bersubahat bunuh ejen hartanah
Enam lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh dalam kes tembak mati seorang ejen hartanah.

Kes tembak Taman OUG, tiga suspek didakwa Jumaat - Polis
Tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok dalam kes ejen hartanah wanita maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG.