awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia masih di Bangladesh dinasihat terus waspada - Saifuddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
23/07/2024
11:26 MYT
Rakyat Malaysia masih di Bangladesh dinasihat terus waspada - Saifuddin
Saifuddin (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan seramai 123 rakyat Malaysia yang tiba di Terminal 2 KLIA dari Bangladesh hari ini. - Foto Astro AWANI
SEPANG: Rakyat Malaysia yang masih berada di Bangladesh dinasihatkan untuk terus berwaspada dan tidak melakukan sebarang pergerakan yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Ringkasan AI
  • Nasihat Keselamatan: Rakyat Malaysia di Bangladesh dinasihatkan untuk berwaspada dan berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka. Kerajaan akan terus memantau keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya.
  • Kepulangan Rakyat Malaysia: Seramai 123 rakyat Malaysia, termasuk 80 pelajar, telah selamat tiba di KLIA2 dari Dhaka, Bangladesh, susulan ketegangan di negara tersebut.
  • Perancangan Masa Depan: Kerajaan akan merancang untuk menghantar semula pelajar ke Bangladesh apabila keadaan sesuai, dengan pemantauan berterusan oleh Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga meminta mereka sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.
Menurutnya, kerajaan akan terus memantau keadaan di sana dan akan mengambil tindakan sewajarnya dari masa ke masa.
Tambahnya, perancangan untuk menghantar semula pelajar ke negara berkenaan juga akan dibincangkan bila keadaan sesuai.
“Wisma Putra, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan pantau keadaan di sana pada setiap masa.
“Bila keadaan sudah…diharapkan reda, maka pada saat itu, kerajaan akan menyusun rencana berikutnya.
“Rencana itu adalah sama ada pelajar ini akan kita uruskan melalui penerbangan biasa atau khas, kita akan buat keputusan di situ,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan seramai 123 rakyat Malaysia yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangladesh pada petang Selasa.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, warga Malaysia yang memilih untuk tidak pulang antaranya adalah kerana mereka pelajar tahun akhir, mahu memberikan tumpuan kepada pelajaran.
“Ada juga mengikut rekod Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berada di sana, ada lima orang pegawai tentera, rakyat Malaysia yang masih bertugas di sana.
“Ada juga 10 orang juruterbang yang bekerja dengan syarikat penerbangan di sana. Mereka ini tidak balik dan teruskan bekerja, terikat dengan kontrak pekerjaan,” katanya pada sidang media sama.
[TERKINI] Sidang Media: Kepulangan rakyat Malaysia dari Bangladesh
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan pesawat AirAsia yang membawa rakyat Malaysia dari Dhaka, Bangladesh selamat tiba di Terminal 2, KLIA2, Sepang pada jam 4.56 petang, Selasa.
Seramai 123 orang rakyat Malaysia selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 pada Selasa, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, susulan ketegangan yang berlaku di Bangladesh.
Dari jumlah itu, 80 orang adalah pelajar Malaysia dan selebihnya adalah rakyat Malaysia yang menetap di Bangladesh.
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan (Bangladesh).
Topic Berkaitan
#rusuhan Bangladesh
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Nasution
#Suruhanjaya Tinggi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan