awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia maut ditembak di Narathiwat

Bernama
Bernama
27/10/2019
07:59 MYT
Rakyat Malaysia maut ditembak di Narathiwat
Mohamad Faisal dari Rantau Panjang, Kelantan dipercayai ditembak selepas bertengkar dengan sekumpulan lelaki. - Gambar hiasan
Seorang rakyat Malaysia ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di hadapan sebuah tanah perkuburan di Sungai Golok, Narathiwat, selatan Thailand awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi (waktu tempatan), mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Faisal, 28, dari Rantau Panjang, Kelantan dipercayai ditembak selepas bertengkar dengan sekumpulan lelaki.
Penolong Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Kapt Pol. Jaturon Thongkliang berkata, lima das tembakan dari jarak dekat dilepaskan ke bahagian kepala, muka, dada dan kaki mangsa.
"Polis menemui lima kelongsong peluru di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jaturon berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Golok untuk bedah siasat dan pihak polis turut menghubungi waris mangsa.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sebelum kejadian mangsa pernah bertengkar dengan lima lelaki berhampiran tempat kejadian.
"Saksi memberitahu bahawa mangsa cuba melarikan diri dari buruan lima lelaki tersebut. Dua daripada mereka telah melepaskan tembakan ke arah mangsa sehingga menyebabkannya rebah.
"Lima lelaki itu melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#rakyat Malaysia
#Rakyat Malaysia maut ditembak di Narathiwat
#Rantau Panjang
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan