Rakyat Malaysia memperingati mendiang Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

Asyraf Roslan
Mei 29, 2019 01:58 MYT
Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi, pada Selasa - BERNAMA
Kehilangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim cukup dirasai.
Bukan sahaja ahli keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia juga turut merasai kehilangan tokoh Sejarawan yang sangat di hormati itu.
Mereka bukan sahaja menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga malah turut apa yang membuatkan mereka teringat akan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Daripada pemerhatian, ini antara perkongsian yang dibuat di laman Facebook rasmi Astro AWANI.
BACA : Sumbangan Kay Kim gubal Rukun Negara akan dikenang - Anwar Ibrahim
Kay Kim, 82, meninggal dunia akibat masalah paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di ibu negara sekitar pukul 10.45 pagi, pada Selasa.
Anaknya, Eddin Khoo ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita kematian ayahnya itu.
#keluarga #Khoo Kay Kim #meninggal dunia #Sejarawan Khoo