Rakyat Malaysia kini menikmati taraf hidup lebih tinggi daripada sebelumnya, kata Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Firdaos Rosli.
Beliau berkata, rakyat Malaysia secara beransur-ansur beralih kepada membeli kenderaan asing berbanding kereta nasional, di samping kurang berbelanja ke atas barangan keperluan dapur, sebaliknya lebih gemar makan di luar sebagaimana dinyatakan dalam Kajian Perbelanjaan Isi Rumah 2016.
Firdaos berkata, berdasarkan data diterbitkan Persatuan Automotif Malaysia, jualan jenama pertengahan kereta asing seperti Honda, Ford, Mazda dan Subaru telah mencatat kadar pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sejak 2009 berbanding juara automotif tempatan, Perodua.
"Baru-baru ini, barangan yang dibeli melalui platform perdagangan dalam talian popular telah mencatat jualan lebih RM100 juta pada Singles Day pada 11 November. Malaysia adalah pasaran permainan dalam talian terbesar di Asia Tenggara di mana kira-kira RM2.45 bilion dibelanjakan dalam tempoh 10 bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Beliau juga mempersoalkan sama ada penyusutan ringgit benar-benar menjadi satu isu, bagaimana rakyat Malaysia mahu menjelaskan yang dalam sembilan bulan pertama 2017, Malaysia mengimport kira-kira dua kali ganda nilai telefon mudah alih (RM6.85 bilion) berbanding kereta berenjin 1.5 hingga tiga liter (RM3.47 bilion)?
"Malah nilai import telefon mudah alih adalah lebih tinggi daripada import makanan utama kita seperti beras, susu dan krim, kopi, bawang, kelapa, kacang soya, jagung, susu tepung dan krim digabungkan! Selain itu, harga runcit produk terbabit selalunya jauh lebih tinggi," tambahnya.
Menurutnya, pengukuhan dolar US berbanding ringgit sejak September 2014 tidak menghalang rakyat Malaysia daripada berbelanja ketika berada di seberang laut.
"Merujuk kepada data Bank Negara terbaru, pada 10 bulan pertama 2017, nilai transaksi kad kredit rakyat Malaysia di seberang laut telah meningkat daripada RM10.9 bilion pada 2015 kepada RM12.3 bilion pada 2016 dan RM13.2 bilion pada 2017.
"Malah, nilai pendahuluan tunai oleh kad kredit Malaysia di luar negara meningkat 68.9 peratus pada 2017 berbanding tempoh yang sama pada 2015."
Firdaos berkata, bilangan urus niaga dan pembelian dalam negeri mencatatkan aliran menaik serta data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014.
Menyentuh kadar pengangguran Malaysia yang berada di bawah empat peratus, yang ditakrifkan sebagai pekerjaan penuh oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sejak 1995, beliau menyatakan bahawa kadar pengangguran tidak melepasi paras empat peratus walaupun kejatuhan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disebabkan Krisis Kewangan Global 2007/2008.
"Pada 2016, kadar pengangguran Malaysia sebanyak 3.4 peratus adalah lebih rendah daripada kebanyakan ekonomi maju seperti Amerika Syarikat (4.9 peratus), Jerman (4.1 peratus) dan Korea Selatan, 3.7 peratus," katanya.
Walaupun harga barangan dan perkhidmatan secara amnya meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Firdaos berkata, sejak 2009, purata pendapatan isi rumah bulanan secara keseluruhannya telah meningkat dengan kumpulan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus (B40) berkembang paling cepat berbanding kumpulan pendapatan lain.
"Selain kenaikan bahagian pampasan pekerja kepada KDNK daripada 29.3 peratus pada 2008 kepada 35.3 peratus pada 2016, statistik rasmi juga menunjukkan bahawa purata pendapatan isi rumah bulanan Malaysia telah meningkat sebanyak 6.6 peratus setahun antara 2014 dan 2016," katanya.
Mengulas mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertujuan untuk meringankan beban kenaikan kos sara hidup dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, Firdaos berkata, rakyat Malaysia perlu mengiktiraf dua fakta utama mengenai inisiatif itu; sebilangan negara Eropah juga mula menerima idea tersebut tetapi dalam bentuk pendapatan asas sejagat, serta BR1M telah membantu mengurangkan ketidaksamaan pendapatan.
"Menurut statistik rasmi, koefisien GiNi Malaysia telah berkurang daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.401 pada 2014. Trend sedemikian konsisten dalam semua kumpulan etnik, tetapi yang menariknya, komuniti Cina mencatat penurunan paling rendah daripada yang lain," katanya.
Firdaos juga berkata, pengurangan cukai pendapatan peribadi secara beransur-ansur kepada golongan berpendapatan sederhana bermakna bahawa mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang jauh lebih besar daripada sebelumnya seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Oktober lalu, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 261,000 orang.
Mengenai pengembangan dan pemantapan sistem pengangkutan awam sejak 2009, beliau berkata, ia telah memberi manfaat kepada penghuni Lembah Klang yang menawarkan tambang murah dan juga pilihan khidmat pengangkutan yang lebih luas berikutan pengesahan perkhidmatan e-hailing.
Bagaimanapun, beliau juga menegaskan bahawa kerajaan perlu mengawasi golongan yang kurang bernasib baik sambil terus membantu rakyat untuk memperoleh pendapatan dan pekerja perlu diberi pampasan sewajarnya bagi kerja yang dilaksana, seterusnya meningkatkan produktiviti negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2017
Data menunjukkan rakyat Malaysia terus berbelanja di luar negara walaupun hidup dalam era dolar yang kukuh sejak akhir 2014. - Gambar hiasan
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Pound British susut hampir 3 peratus berbanding dollar US, paras terendah dalam sejarah
Setakat 04:46 GMT, paun susut 2.77 peratus kepada US$1.0555 daripada penutupan sebelumnya pada US$1.0856.
Ringgit ditutup rendah, cecah 4.52 berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada akhir urus niaga Rabu dengan mencecah paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US
Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.0500/0560 berbanding dolar US daripada 4.0440/0470 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.
Kekukuhan ringgit dijangka bawa impak positif kepada pasaran ekuiti - Penganalisis
Ringgit diniagakan setinggi 3.9957 berbanding dolar AS pada hari pertama dagangan tahun ini dan firma penyelidikan berkenaan percaya kelemahan dolar itu akan berterusan.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar US pada pembukaan
Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.0260/0310 berbanding dolar US daripada 4.0350/0390 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit merosot, dolar US terus mengukuh
Ringgit terus merosot berbanding dolar US hari ini berikutan ketidakpastian mengenai persetujuan pakej rangsangan Amerika Syarikat dan landskap politik tanah air.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik, kata peniaga.
Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah
Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.
Ringgit ditutup rendah berikutan AS-China kembali tegang
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.3610/3690 berbanding mata wang negara maju itu, daripada 4.3400/3480 ketika ditutup semalam.