PUTRAJAYA: Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap 'Bahagia' apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurut Laporan MHI yang julung kali dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Labuan merekodkan skor 9.29 iaitu 'Sangat Bahagia', manakala 11 negeri beserta Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan skor pada tahap 'Bahagia', dan Melaka serta Selangor pula berada pada tahap Sederhana Bahagia.
"Secara keseluruhannya penduduk Malaysia berada pada tahap bahagia walaupun negara berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi, pada tahun pelaksanaan Survei MHI 2021," kata Mohd Uzir dalam sidang media selepas melancarkan Laporan MHI itu di sini hari ini.
Laporan MHI itu dilaksanakan dari September hingga November 2021 melibatkan 42,446 responden dari seluruh negara, dan dibangunkan berdasarkan manual antarabangsa antaranya, World Happiness Report (WHR) dan Human Development Index (HDI).
Kajian yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan penduduk Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual itu dikategorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 - 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01 - 4.00 tidak bahagia; 4.01 - 6.00 sederhana bahagia; 6.01 - 8.00 bahagia dan 8.01 - 10.00 sangat bahagia.
Mohd Uzir berkata kajian MHI itu mengandungi 73 indikator yang dirangkumkan kepada 13 komponen iaitu keluarga; perumahan dan alam sekitar; penyertaan sosial; kesihatan; kemudahan komunikasi; pendidikan; persekitaran kerja; pendapatan; keselamatan awam; penggunaan masa; amalan kerohanian; kebudayaan dan pengalaman emosi.
Beliau berkata 13 komponen berada di tahap Bahagia dengan mencatatkan skor antara 6.04 hingga 7.23 seperti keluarga dengan skor 7.23, amalan kerohanian (7.21) dan kesihatan (6.75).
Katanya skor MHI mengikut strata bandar dan luar bandar di Malaysia berada pada tahap Bahagia iaitu masing-masing pada skor 6.46 dan 6.54.
Dari segi jantina, perempuan mencatatkan skor MHI lebih tinggi iaitu 6.49 berbanding lelaki dengan skor 6.46.
Mohd Uzir berkata berdasarkan laporan MHI itu, skor antara Warganegara dan Bukan Warganegara tidak jauh berbeza dengan masing-masing mencatat skor 6.49 dan 6.32.
"... maknanya mereka (bukan warganegara) juga dapat menjalani kehidupan seperti rakyat negara kita. Ini satu penemuan menarik yang boleh kita tunjukkan dengan negara-negara lain, bahawa dari segi Indeks Kebahagiaan antara warganegara dan bukan warganegara tiada elemen diskriminasi," katanya.
Beliau berkata di peringkat antarabangsa, Malaysia menduduki tangga ke 79 daripada 146 negara dengan skor 5.384 dalam laporan World Happiness Report 2021.
Mohd Uzir berkata MHI itu penting sebagai input dalam penilaian tahap kebahagiaan rakyat Malaysia di peringkat nasional dan negeri yang dapat digunakan dalam mencapai kemakmuran dan masyarakat yang inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin melancarkan Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 di Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Rakyat Kelantan bahagia, pentadbiran negeri di landasan betul - Mohd Amar
Tidak dinafikan ada kelemahan dalam pentadbiran, namun secara umumnya rakyat Kelantan merasa gembira tinggal di Kelantan.
Rakyat Malaysia pada tahap 'Bahagia' - Laporan MHI
Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) pada 2021 berada pada tahap Bahagia apabila mencatatkan skor 6.48, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.