awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2025
00:50 MYT
Rakyat Malaysia parah ditembak di Sungai Golok
Pistol 9 mm yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Golok pada Sabtu. - Gambar media sosial
GOLOK, THAILAND : Seorang rakyat Malaysia parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, di sini, pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 6.40 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fuad Fahmie Ghazali berusia 30-an yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.
Jurucakap polis Narathiwat berkata, siasatan awal mendapati kes tersebut dipercayai berpunca daripada masalah hutang hasil temubual dengan beberapa saksi yang berada berhampiran lokasi kejadian.
“Mangsa merupakan warganegara Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di kawasan perbandaran ini.
"Suspek pula seorang lelaki rakyat tempatan disyaki menyerang mangsa menggunakan pistol 9 milimeter (mm). Selepas menembak mangsa, suspek melarikan diri,” katanya.
Jurucakap itu memberitahu, identiti suspek telah dikenal pasti dan gerakan memburunya telah dilancarkan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#parah ditembak
#Sungai Golok
#masalah hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan