Rakyat di negara ini diseru supaya menyokong dan menghargai inovasi anak tempatan bagi membolehkan pertumbuhan bidang itu dapat terus dipacu pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata Malaysia telah banyak menghasilkan banyak produk-produk setanding dengan negara luar, namun sokongan rakyat terhadap hasil tempatan masih perlahan.
"Kadar penggunaan teknologi tempatan, orang Malaysia ini agak perlahan dan kita tak boleh cakap berapa peratus. Banyak produk inovasi kita berakhir di bilik pameran sahaja.
Sebab itu di kementerian, kita kata menjelang 2020 kita kena ada 360 produk oleh universiti yang perlu diperkenalkan tetapi saya tak risau produk itu dan saya boleh dapat bila-bila masa, masalahnya ialah ada orang nak pakai ke tidak," katanya kepada Bernama di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menutup Festival Kerjaya Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) dan Forum: Halatuju Industri Rel Malaysia yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson Yusma Yusof di sini.
Disertai lebih 40 syarikat, festival itu bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pekerjaan dan suai padan pelajar untuk menjalani latihan industri.
Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata sistem pembelajaran di negara ini sangat baik kerana mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi.
"Sebab itu kalau kita tengok bila ada pertandingan peringkat dunia, ada sekolah yang menang, kerana mereka ini memang inovatif. Tapi dia punya masalah sekarang ini, nak pakai (produk inovasi itu) ke tak nak pakai.
Jadi orang Malaysia sepatutnya kena aktif menerima teknologi yang diinovasi di Malaysia. Seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata kalau kita nak menjadi sebuah negara maju pada 2020, mesti melahirkan orang yang boleh menjual inovasi kita sendiri ke seluruh dunia," katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat supaya menjadikan teknologi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2017
ABU BAKAR: Rakyat diseru supaya menghargai inovasi anak tempatan bagi membolehkan pertumbuhan bidang itu dapat terus dipacu pada masa akan datang. - Gambar fail
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Pertandingan robot tempur platform lahirkan pakar muda dalam bidang inovasi
Penganjuran Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2017 mampu melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam kalangan pelajar.
Jumlah pelajar ikuti program sains, teknologi di IPT berkurangan
Jumlah pelajar yang mengikuti program dalam bidang sains dan teknologi di IPT di negara ini berkurangan.
Rakyat Malaysia perlu sokong dan hargai inovasi termpatan - Abu Bakar
Rakyat di negara ini diseru supaya menyokong dan menghargai inovasi anak tempatan bagi membolehkan pertumbuhan bidang itu dapat terus dipacu pada masa akan datang.
Teknologi FMA kurangkan 20 peratus kos naik taraf jalan raya - MOSTI
MOSTI memperkenalkan teknologi 'Fibre Mastic Asphalt' (FMA) yang mampu mengurangkan antara 15 dan 20 peratus kos menaik taraf jalan raya di negara ini.
Mosti nafi dakwaan salah guna dana geran R&D RM1.152 bilion
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menafikan dakwaan berlaku salahguna dana geran berjumlah RM1.152 bilion.