KUALA LUMPUR: Dengan pembukaan sempadan negara 1 April lepas, rakyat Malaysia kini bebas melancong ke luar negara, selepas lebih dua tahun tidak dapat mengembara akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020.
Pelbagai destinasi di seluruh dunia kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang rindu untuk bercuti bersama rakan, keluarga mahupun pengembara beg galas yang mengembara berseorangan.
Rasa teruja rakyat Malaysia untuk bercuti dapat dilihat, apabila ada yang memilih untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri kali ini di luar negara untuk berpuasa dan beraya bersama anggota keluarga yang berada di perantauan.
Pekerja swasta Nur Khairunnissa Caroline Emban, 30-an ketika dihubungi berkata beliau merancang untuk bercuti ke London, Amsterdam dan Paris, selepas berakhir Syawal.
"Saya ingin ke kota-kota itu kerana pernah ke sana sebelum pandemik COVID-19," katanya ketika dihubungi.
Usahawan Surati Sujor, 49, yang sering membawa kumpulan kecil pelancong ke luar negara sebelum pandemik COVID-19, berkata beliau menawarkan pakej pelancongan selama 10 hari ke Turki pada akhir September.
"Turki merupakan antara destinasi percutian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, kerana ia sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam selain keunikan budayanya, kerana terletak di antara benua Asia dan Eropah," katanya.
Pengarah MyZarra Travel and Services Sdn Bhd Zawati Talib pula berkata tempahan yang sudah diterima agensinya, adalah bagi percutian mulai bulan hadapan sehingga Januari 2023.
Ia melibatkan perjalanan ke Eropoh Timur, Scandinavia, Eropah Tengah, England dan Scotland, Maghribi, Turki, Thailand dan pakej ke enam buah negara Balkan.
"Dalam era pascapandemik, setiap perjalanan yang diuruskan agensi MyZarra adalah dalam kumpulan kecil iaitu antara lapan dan maksima 15 orang, bagi memastikan kumpulan pengembara mudah diurus, tidak bersesak dalam kenderaan dan di tempat makan," katanya.
Beliau berkata agensinya kini perlu lebih sensitif, dalam mengawal jumlah pengembara yang dibawa dalam memastikan wabak COVID-19 dapat dibendung.
Sementara itu seorang lagi ketua pengembara yang sering membawa rakyat Malaysia ke Pulau Boracay di Filipina, Maldives dan Pulau Komodo di Indonesia, yang ingin dikenali sebagai Shira berkata beliau belum membuka sebarang tempahan bagi perjalanan ke mana-mana destinasi setakat ini.
"Saya ingin melihat 'suasana' percutian pascapandemik terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mempromosi sebarang pakej percutian," katanya.
Shira berkata sebagai permulaan, promosi pakej percutian akan dibuka kepada rakan, kenalan serta pelanggan yang pernah mengikuti pakej percutian beliau sebelum ini, selepas itu baharulah beliau akan mempromosi pakej percutian di media sosial seperti yang dilakukan ketika era sebelum pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Rakyat Malaysia kini bebas melancong ke luar negara, selepas lebih dua tahun tidak dapat mengembara. - Foto fail/BERNAMA
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
Malaysia gunakan strategi menyeluruh untuk lonjakkan ketibaan pelancong China
Warga China mudah untuk menyesuaikan diri dan merasa seperti di tempat mereka sendiri semasa lawatan mereka.
GIF2024 sasar 150,000 pengunjung
Pameran yang bermula dari Rabu hingga Ahad ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mempromosikan budaya India di rantau ini.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
Melaka rekod 3.7 juta pelancong suku pertama tahun ini
Antara 60,000 dan 70,000 kenderaan sehari dicatatkan memasuki Melaka setiap hujung minggu, menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung.
Tourism Malaysia yakin sasaran lima juta pelancong dari China dapat dicapai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia P Manoharan berkata tahun lepas Malaysia menerima sejumlah 1.47 juta pelancong dari China.
35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.