MALAYSIA
Rakyat Malaysia sokong penuh misi kemanusiaan GSF, doakan kejayaan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan panggilan video bersama wakil misi kemanusiaan GSF ke Gaza, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman hari ini. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan penuh rakyat Malaysia kepada Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dan mendoakan kejayaan misi berkenaan yang kini hanya tinggal 750 batu nautika dari Palestin.
Ringkasan AI
Beliau menyatakan perkara berkenaan menerusi panggilan video bersama wakil misi kemanusiaan GSF ke Gaza, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman hari ini.
"Kita doakan mudah-mudahan berjaya dan istiqamah, kuatkan semangat untuk meneruskan tugas ini...cuma (tinggal) 750 batu nautika untuk sampai ke destinasi.
"Ini soal kemanusiaan, itulah keprihatinan rakyat dan kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza," katanya menerusi panggilan video yang dikongsi Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Sementara itu, Ahmad Musa berkata peserta GSF kekal bersemangat meskipun menghadapi pelbagai gangguan termasuk serangan dron, letupan udara dan bahan kimia dipercayai angkara rejim Israel di Laut Mediterranean.
Beliau berkata walaupun ada peserta mengalami trauma akibat serangan berterusan malam semalam, mereka tetap bersemangat untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat Palestin.
"Semalam berlaku serangan agak teruk termasuk 12 letupan udara yang memberi kesan kepada sembilan kapal. Dron turut melepaskan cecair kimia hingga menyebabkan pedih pada muka dan mata peserta serta mengganggu sistem komunikasi.
"Ada walkie-talkie digodam dengan memainkan lagu-lagu pelik bagi melemahkan semangat namun kami tetap tabah untuk meneruskan misi ini," katanya.
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Misi bersejarah itu melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 delegasi Malaysia yang menaiki hampir 70 bot dengan matlamat memecah kepungan terhadap Gaza.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan penuh Malaysia kepada Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini hanya tinggal 750 batu nautika dari Palestin.
- Peserta GSF tetap bersemangat walaupun berdepan serangan dron, letupan udara dan gangguan kimia dipercayai angkara rejim Israel di Laut Mediterranean.
- Konvoi melibatkan hampir 70 bot dengan lebih 1,000 sukarelawan, termasuk 34 delegasi Malaysia, membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.