awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia terkandas di Bali diminta bertenang

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2017
03:54 MYT
Rakyat Malaysia terkandas di Bali diminta bertenang
Rakyat Malaysia yang terjejas disaran untuk berdaftar dengan kedutaan melalui Twitter dan Facebook. - Foto REUTERS/Johannes P. Christo
Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali masih ditutup untuk tempoh 24 jam lagi sehingga 7.00 pagi (waktu tempatan) 30 November 2017 susulan letusan Gunung Agung.
Dalam satu kenyataan, Kedutaan Malaysia di Jakarta meminta rakyat Malaysia yang terkandas akibat penutupan lapangan terbang itu diminta untuk bertenang dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Rakyat Malaysia yang terjejas juga boleh menghubungi pihak berkuasa Bali Tourism Board di talian + 62 812 461 19889 atau +62 877 554 689166 atau operator syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat penerbangan selanjutnya termasuk maklumat pembukaan semula lapangan terbang Ngurah Rai.
Semalam, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mengunjungi Bali untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini letusan Gunung Agung.
Wisma Putra memaklumkan sekiranya tiada keperluan, rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan ke kawasan terjejas.
Ia turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli insurans perjalanan dan membawa peralatan keselamatan seperti topeng muka bagi melindungi diri dari abu gunung berapi.
Mereka juga disaran untuk berdaftar dengan kedutaan melalui Twitter dan Facebook.
Menurut kenyataan itu lagi status pengawasan Gunung Agung kini naik dari tahap siaga ke tahap awas sementara ketinggian abu gunung berapi itu sudah mencapai hampir empat kilometer.
Topic Berkaitan
#Bali
#Facebook
#Gunung Agung
#gunung berapi
#Indonesia
#Jakarta
#keselamatan
#Malaysia
#penerbangan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#tourism
#Twitter
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan