awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sabah perlu pertahan keamanan, keharmonian - Shafie Apdal

Bernama
Bernama
14/06/2018
13:57 MYT
Rakyat Sabah perlu pertahan keamanan, keharmonian - Shafie Apdal
SHAFIE: Usaha ini hanya akan tercapai sekiranya kita seluruh rakyat Sabah bersatu padu. Gambar fail/BERNAMA
Rakyat Sabah perlu mempertahankan keamanan dan keharmonian yang telah lama menjadi landasan serta asas perpaduan kaum negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkaya kerharmonian dan perpaduan harus terus dipelihara seiring dengan usaha untuk mengembalikan kegemilangan negara yang sentiasa menjadi kebanggaan.
"Usaha ini hanya akan tercapai sekiranya kita seluruh rakyat Sabah bersatu padu," katanya dalam perutusan sempena Aidilfitri di sini hari ini.
Beliau berkata rakyat perlu meraihkan Hari Raya Aidilfitri dengan mengetepikan sebarang perbezaan politik kerana masa untuk berpolitik sudah berakhir.
"Rakyat Sabah sudah menyuarakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan negeri yang dipimpin Warisan yang dibentuk dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan dan UPKO.
"Keputusan undian pada pilihan raya lepas menunjukkan bahawa orang ramai telah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan lama dan statistik tidak menipu, "katanya.
Mohd Shafie berkata kerajaan baharu yang diterajui Warisan akan berhempas pulas bekerja sepenuhnya selepas cuti Aidilfitri kerana banyak kerja yang perlu dilakukan.
"Rakyat Sabah layak mendapat yang terbaik dan saya mahu memberi rakyat apa yang menjadi hak mereka. Kita sedang bergerak ke arah yang betul dan ia hanya boleh menjadi lebih baik dengan adanya kerajaan berdedikasi yang bersifat memberi tumpuan kepada rakyat.
"Kita akan menyambut cuti raya dengan bergembira, tetapi kita juga komited untuk membina Sabah yang hebat agar semua rakyat boleh berbangga dengannya.
"Kita akan pertahankan nilai-nilai demokrasi, kebebasan beragama, bekerja keras dan membangunan negara untuk mencapai kemajuan sosial dan ekonomi demi untuk masa depan anak-anak kita," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#keamanan
#keharmonian
#Ketua Menteri Sabah
#perpaduan kaum
#rakyat Sabah
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan