awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Sarawak layak nikmati kekayaan ekonomi, pembangunan adil - Anwar

Bernama
Bernama
22/07/2023
06:19 MYT
Rakyat Sarawak layak nikmati kekayaan ekonomi, pembangunan adil - Anwar
Menurut Perdana Menteri, tarikh hari ini amat besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 60 tahun yang lalu negeri itu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris iaitu pada 22 Julai 1963. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Rakyat Sarawak selayaknya menikmati hasil limpahan kekayaan ekonomi dan pembangunan yang sama adil dan saksama dengan warga Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seperti pepatah Melayu 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah', Anwar berkata adalah menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan supaya kemiskinan dapat dinoktahkan pada tahun ini.
"Ini tentunya akan memberi manfaat kepada Negeri Sarawak, serta jurang mesti dirapatkan demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.
"Mewakili pihak kerajaan saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak," kata Anwar dalam catatan di Facebook beliau.
Menurut Perdana Menteri, tarikh hari ini amat besar maknanya kepada rakyat Sarawak tatkala 60 tahun yang lalu negeri itu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris iaitu pada 22 Julai 1963.
Katanya tarikh itu juga menyaksikan Gabenor Inggeris terakhir, Sir Alexander Waddell secara simbolik menyerahkan kuasa pentadbiran Sarawak kepada rakyat (self rule) melalui Tan Sri Stephen Kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#rakyat Sarawak
#Hari Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan