awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit

Bernama
Bernama
11/04/2021
08:07 MYT
Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit
Kerjaya ini mampu memberi pendapatan sehingga RM3,000 malah disediakan penginapan yang selesa dengan kemudahan asas serta pendidikan anak-anak juga terjaga. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengutamakan rakyat Malaysia untuk mengisi 32,000 kekosongan sebagai penuai buah kelapa sawit dan akan terus memperluaskan maklumat dan iklan pengambilan pekerja untuk mengisi kekosongan itu.
Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata walaupun kementerian sudah banyak melaksanakan karnival kerjaya dan iklan secara besar-besaran termasuk menerusi laman web JobsMalaysia, sambutan rakyat Malaysia untuk pekerjaan itu masih kurang memberangsangkan.
"Mungkin juga ada yang tahu, cuma mereka kurang menerima maklumat yang tepat...mungkin ada yang sangka gaji untuk penuai buah kelapa sawit ini hanya antara RM1,000 hingga RM2,000 sahaja...kerja pula agak berat menyebabkan mereka tidak berminat.
"Sedangkan ia tidak tepat. Kerjaya ini mampu memberi pendapatan sehingga RM3,000 malah disediakan penginapan yang selesa dengan kemudahan asas serta pendidikan anak-anak juga terjaga. Di saat rakyat Malaysia kurang pekerjaan (akibat pandemik COVID-19) inilah peluang yang perlu kita ambil dan isi segera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin peringkat Parlimen Kuala Nerus di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu Dr Alias Razak.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia masih tidak berminat untuk mengisi kekosongan jawatan itu, kementerian terpaksa meneruskan permohonan syarikat perladangan untuk membawa masuk 32,000 pekerja asing bagi memastikan kerja-kerja penuaian di ladang sawit tidak terjejas.
"Namun, sudah pasti syarat-syarat yang ketat akan dikenakan kepada syarikat perladangan yang terlibat (bagi membendung penularan COVID-19). Perkara itu masih dalam rundingan dan belum ada kata putus. Namun, kementerian tetap berharap agar rakyat tempatan akan mengambil peluang ini sebaiknya," katanya.
Masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan terutama bahagian penuaian berlaku selepas ramai pekerja asing pulang ke negara asal ketika COVID-19 berlaku dan mereka gagal kembali semula ke Malaysia disebabkan sempadan negara masih ditutup.
Mohd Khairuddin berkata mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan itu boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web kementerian, syarikat-syarikat perladangan negara atau melalui JobsMalaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#rakyat Malaysia
#kerja kosong
#penuai buah
#pengambilan pekerja
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan