KUALA LUMPUR: Strategi dan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan dalam Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bakal memberi limpahan ekonomi kepada rakyat termasuk di negeri di bawah pembangkang.
Inisiatif antaranya mempertingkatkan potensi ekonomi wilayah termasuk di Projek Taman Biopolimer Kerteh (KBP), Terengganu, serta penyaluran bantuan segera RM800 juta bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah, menunjukkan keprihatinan kerajaan membangunkan negara dan memacu pertumbuhan ekonomi secara adil.
Di TERENGGANU, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Tekonologi Hijau negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menyambut baik usaha kerajaan Persekutuan menyediakan ekosistem perniagaan lebih baik di kawasan KBP yang bakal membawa banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
"Sememangnya, kawasan perindustrian ini memerlukan infrastruktur lengkap dan perkara ini tidak boleh dicapai tanpa bantuan dan kerjasama kerajaan Persekutuan. Apabila KSP RMK12 menekankan satu daripada pusat perindustrian yang diberi keutamaan itu adalah di Terengganu, kita menyambut baik," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata setakat ini, jumlah pelaburan yang dikumpul di KBP meningkat kepada RM5.6 bilion dengan lebih 5,000 pekerjaan diwujudkan terutama bagi masyarakat setempat.
Di KELANTAN, penyaluran bantuan segera bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di negeri itu memberi kelegaan kepada rakyat terutama usahawan yang terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman.
Pengerusi Koperasi Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) Muslim Kelantan Kamarudin Yunus berkata bekalan air bersih merupakan isu utama rakyat negeri itu yang memberi kesan terhadap perniagaan.
"Sudah pasti bantuan segera ini dapat menyelesaikan kesukaran peniaga dan penduduk kampung yang mengalami masalah air selama ini," katanya.
Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berharap dua projek yang digariskan dalam RMK12 di negeri itu iaitu projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) dan perluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan.
Pada masa sama, Pengerusi Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata kerajaan negeri akan membantu memudah cara pelaksanaan bagi kedua-dua projek tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul KSP RMK12 2021-2025 di Dewan Rakyat semalam berkata 11 projek pengangkutan dan logistik baharu diperkenalkan bagi memastikan pembangunan infrastruktur negara yang mampan dan berdaya tahan.
Projek berkenaan antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B; projek LRT Pulau Pinang; perluasan LTAPP; pembangunan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang; dan naik taraf Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Kakitangan Kementerian Ekonomi Nur Umairah Ramli menunjukkan buku KSP RMK12 bertemakan Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera, Berpendapatan Tinggi di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 11 Sept 2023. -- fotoBERNAMA
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Lebih 2 juta pekerja asing dalam negara, hampiri sasaran RMK12 - Steven Sim
kerajaan menetapkan bilangan pekerja asing di Malaysia tidak boleh melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara menjelang tahun 2025.
Perak fokus 359 projek fizikal libat peruntukan RM1.28 bilion tahun ini
Perak memfokuskan pelaksanaan 359 projek fizikal dengan peruntukan RM1.28 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) negeri itu tahun ini.
564 projek pembangunan bernilai RM3.41 bilion akan dilaksana di Selangor tahun ini
RP4 Negeri Selangor juga menumpukan kepada pembangunan 471 projek fizikal (RM2.25 bilion atau 65.8 peratus) melibatkan skop projek utama.
RM212.42 juta belanja pembangunan fasiliti kesihatan Perak tahun 2024 - Dzulkefly
Perak menerima peruntukan RM212.42 juta di bawah Belanja Pembangunan Kementerian Kesihatan, bagi pembangunan kemudahan dan infrastruktur fasiliti sektor itu, tahun ini.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
JKR Kelantan laksana 58 projek bernilai RM874 juta tahun ini
Ia merangkumi pelbagai skop kerja termasuk projek bangunan dan pembinaan jalan raya membabitkan beberapa kementerian.
MDX 2023: Optimis capai sasaran baharu tawaran teknologi digital
Pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia terus menunjukkan peningkatan cemerlang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts. Mahadhir Aziz tawaran teknologi digital telah melonjak.
Daya tahan permintaan domestik Malaysia dorong pertumbuhan kukuh jangka sederhana - Fitch Ratings
Permintaan domestik Malaysia yang berdaya tahan dan perbelanjaan pembangunan lebih besar digariskan dalam RMK-12 akan menyokong pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.
Kerajaan Persekutuan beri perhatian penuh rapat jurang pembangunan empat negeri
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian penuh bagi merapatkan jurang pembangunan di empat negeri di Semenanjung.
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.