NATIONAL
Ramadan 2021: Geng plastik hitam jangan malukan agama - JAIPk

Jabatan Agama Islam Perak telah mengenal pasti kedai-kedai yang menjadi tumpuan pihak terbabit khususnya di sekitar Ipoh. - Gambar hiasan
IPOH: Usah terjebak dengan aktiviti yang memalukan pada bulan yang penuh keberkatan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin menegaskan, tindakan tidak bermaruah itu boleh menjatuhkan imej Islam pada pandangan orang ramai.
Beliau tidak mahu isu 'geng plastik hitam' kembali menjadi perhatian setiap kali bulan Ramadan tiba.
"Plastik hitam ini adalah satu kegiatan membeli makanan di bulan puasa, maksudnya yang tidak elok, untuk berbuka puasa dengan cara macam tu.
"Ini satu perbuatan yang memalukan, imej dia sebagai orang Islam, dan yang paling memalukan, dia memalukan Islam pada pandangan orang bukan Islam.
"Sebab, semua orang Islam berpuasa, jadi, dia secara tidak langsung telah menjatuhkan maruah orang Islam, menjatuhkan imej agama Islam," tegas Mohd Yusop.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami