MALAYSIA
Ramadan: SOP masih sama, waktu ditambah untuk operasi pasar awam, kenderaan awam

Tempoh operasi kenderaan awam bermula 4 petang hingga 10 malam, dan pasar awam bermula 6 pagi hingga 2 petang.
Kerajaan akan terus menggunakan standard operasi prosedur (SOP) yang sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Fasa pertama, kedua dan ketiga sepanjang bulan Ramadan ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, bagaimanapun sedikit kelonggaran diberikan dari segi pertambahan waktu untuk operasi kenderaan awam, dan operasi pasar awam.
“Mesyuarat hari ini telah mengambil keputusan untuk membenarkan operasi kenderaan awam dilanjutkan dari jam 4 petang hingga 10 malam, berbanding jam 5 petang hingga 10 malam sebelum ini.
“Operasi pasar awam juga dilanjutkan dari jam 6 pagi hingga 2 petang, berbanding jam 6 pagi hingga 12 tengah hari sebelum ini,” katanya lagi.
Mengenai mereka yang ingin pulang semula ke bandar selepas lebih sebulan terkandas di kampung, Ismail Sabri berkata, perkara itu masih dalam kajian menyeluruh pihak kerajaan, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan Majlis Keselamatan Negara.
“Kita nak dapatkan maklumat jelas, dahulu, kemudian barulah kita akan serahkan kepada KKM, PDRM dan MKN untuk berbincang. Lepas itu baru kita tahu boleh atau tak. Kalau boleh, kita sediakan SOP ketat bagaimana cara nak bawa mereka pulang dengan kampung,” katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami