Dua daripada lima rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan mereka akan hilang pekerjaan disebabkan pendigitalan, selain melihat ia sebagai ancaman kepada pekerjaan, demikian menurut kajian oleh Workday, penyedia utama perusahaan berasaskan awan.
Kajian itu, anjuran bersama firma risikan pasaran global, International Data Corporation (IDC), mendapati walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37 peratus daripadanya merasakan mereka tidak memiliki set kemahiran untuk bersaing.
Lebih 1,400 majikan dari lapan negara, Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Hong Kong, New Zealand dan Australia, terlibat dalam kajian itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Workday berkata Malaysia merupakan antara tiga negara yang memiliki kesedaran digital tertinggi di Asia Pasifik, dengan 73 peratus responden menjangkakan kecanggihan teknologi memberi impak di tempat kerja.
"Gelombang pendigitalan membawa peluang dan ancaman baharu. Perniagaan di Malaysia mesti melabur dalam bidang latihan dan inisiatif meningkatkan kemahiran bagi memastikan pekerja bersedia untuk berhadapan cabaran mendatang," kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Workday, Jasie Fon.
Kajian itu juga mendapati Malaysia mencatat kadar pusing ganti pekerja tertinggi di rantau ini, dengan 38 peratus responden menyatakan mereka mungkin bertukar kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Ia berkata sebab utama bertukar kerja termasuklah gaji dan ganjaran yang lebih tinggi, prospek kerjaya serta keseimbangan antarakerja dan kehidupan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37% merasakan mereka tidak memiliki kemahiran untuk bersaing.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Program Tuisyen Rakyat Selangor ditambah baik dengan aplikasi mudah alih - MB
Program itu ditambah baik dengan penyediaan saluran video secara langsung bertujuan memudahkan komunikasi secara terus antara guru dan pelajar.
NRES lindungi flora dan fauna melalui inovasi digital
Ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan inovasi digital dalam usaha mengukuhkan konservasi fauna dan flora liar.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan
Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
PEDi berusaha bantu usahawan desa beralih ke platform digital
PEDi merupakan satu inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjangkau para usahawan di peringkat akar umbi.
FAMA perkasa penuntut IPT dalam bidang usahawan menerusi program NBME
Misi melahirkan usahawan muda termasuk dalam kalangan mahasiswa dengan fokus kepada aktiviti pemasaran dalam talian dan platform digital.
Rangka tindakan HGHV industri berasaskan teknologi dan digital akan dilancar Feb 2024 - Rafizi
Rangka tindakan sektoral untuk merancakkan perkembangan syarikat pemula dan menarik syarikat teknologi dunia ke Malaysia.
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion - MDEC
Pelaburan berkaitan digital di Malaysia berjumlah RM110 bilion, hampir dua kali ganda melebihi sasaran di bawah inisiatif Pelan Tindakan Digital Malaysia (MyDigital).
Thailand, Bank Dunia kukuh kerjasama dalam transformasi air, EEC dan digital
Thailand komited untuk mengembangkan kerjasama dengan institusi kewangan antarabangsa itu supaya ia memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Semua urusan perkhidmatan dalam aplikasi MyJPJ boleh digunakan pada 2025
Rospiagos berkata, sasaran itu selaras dengan hasrat JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya menjelang 2025.
Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi
Katanya, MYDIN melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya kekal kompetitif dalam industri.