Ramai terkandas di Lebuhraya Pasir Gudang ekoran banjir kilat

Astro Awani
November 21, 2020 09:18 MYT
Hujan lebat turut menyebabkan ratusan kenderaan yang menuju ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Pasir Gudang telah terkandas selepas jalan dinaiki air. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Hujan lebat berterusan lebih sejam sejak kira-kira jam 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat.
Makluman awal yang diterima Astro AWANI dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memaklumkan, pusat gerakan operasi jabatan itu memberitahu, tiga kawasan dilanda banjir melibatkan Pasir Gudang, Johor Bahru dan Batu Pahat .
Hujan lebat turut menyebabkan ratusan kenderaan yang menuju ke Johor Bahru melalui Lebuhraya Pasir Gudang telah terkandas selepas jalan dinaiki air.
Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.
#Hujan lebat berterusan #Johor Bahru #Astro Awani #Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor #pusat gerakan operasi