MALAYSIA
Ramai wanita Malaysia sertai STEM, tapi sedikit kekal dalam kerjaya
Wanita Malaysia memiliki bakat dalam STEM dan dengan sokongan akademik seperti biasiswa, mereka mampu menyumbang kepada pembangunan negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Walaupun lebih 50 peratus wanita di Malaysia menceburi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), hanya segelintir yang meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut.
Ringkasan AI
Ketua Pendidikan British Council Malaysia, Prabha Sundram, berkata tanggungjawab sebagai penjaga keluarga dan kekangan hidup menjadi antara faktor utama yang menyukarkan wanita untuk kekal aktif dalam bidang STEM.
“Apa yang kami perhatikan, tidak ramai wanita meneruskan kerjaya dalam STEM. Mereka mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab sebagai penjaga, sekali gus berdepan pelbagai kekangan untuk terus berinovasi, menjadi pemimpin dan penyelidik terkemuka,” katanya dalam program AWANI Pagi.
Dalam temu bual sama, dua penerima biasiswa British Council dalam bidang STEM, Nurhusna Humaira Mohamad Saffri dan Najah Fareeha Abd Rashid, turut berkongsi pandangan mengenai cabaran yang dihadapi wanita dalam bidang tersebut.
Bagi Nurhusna, stigma terhadap wanita dalam STEM tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya dijadikan dorongan untuk membuktikan kemampuan sebenar.
“Kita tidak perlu melihat stigma sebagai sesuatu yang negatif. Sebagai wanita yang belajar dan bekerja dalam bidang STEM, ini adalah peluang untuk membuktikan bahawa stigma itu tidak benar,” katanya.
Najah pula menekankan pentingnya keberanian dan keyakinan diri dalam menonjolkan hasil kerja serta menyampaikan hujah yang berasaskan fakta.
“Kita sebagai wanita perlu tunjukkan hasil kerja dan berikan hujah yang kukuh. Pada saya, kita mesti berani,” katanya.
Ini jelas menunjukkan bahawa wanita Malaysia memiliki bakat dan potensi besar dalam bidang STEM.
Dengan sokongan seperti biasiswa dan program pembangunan akademik, mereka berupaya menjadi peneraju dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Ringkasan AI
- Lebih 50% wanita Malaysia menceburi bidang STEM, namun hanya segelintir meneruskan kerjaya disebabkan komitmen keluarga dan kekangan hidup.
- Penerima biasiswa British Council, Nurhusna dan Najah, tekankan pentingnya menjadikan stigma sebagai motivasi serta keberanian dalam menonjolkan hasil kerja dan hujah berfakta.
- Wanita Malaysia memiliki bakat dalam STEM dan dengan sokongan akademik seperti biasiswa, mereka mampu menyumbang kepada pembangunan negara.