[TERKINI] RM100 Bantuan SARA Dikredit 9 Februari – PM Anwar
MALAYSIA

Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini

Bernama 03/01/2026 | 15:58 MYT
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS memaklumkan, banjir dijangka berlaku antara 5 hingga 8 Januari ini di 10 jajahan, melibatkan beberapa lembangan sungai utama di negeri berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) hari ini mengeluarkan Ramalan Awal Banjir bagi negeri Kelantan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Ringkasan AI
  • JPS mengeluarkan Ramalan Awal Banjir bagi negeri Kelantan berikutan Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia.
  • Banjir dijangka berlaku di 10 jajahan Kelantan antara 5 hingga 8 Januari, melibatkan lembangan sungai utama.
  • JPS akan terus memantau keadaan dan kemas kini amaran banjir sekiranya hujan signifikan berterusan, serta orang ramai diminta berwaspada.


Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS memaklumkan, banjir dijangka berlaku antara 5 hingga 8 Januari ini di 10 jajahan, melibatkan beberapa lembangan sungai utama di negeri berkenaan.

Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, melibatkan antaranya Lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak, Sungai Kemasin, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

"JPS akan melaksanakan pemantauan berterusan akanhebahan amaran banjir akan dikemas kini sekiranya hujan signifikan berterusan di lembangan sungai terlibat. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkakan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, khususnya di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Orang ramai juga disarankan mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui portal publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir.

Hari ini, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Jan ini.

-- BERNAMA

#ramalan awal banjir #Amaran Hujan Berterusan Waspada #MetMalaysia #Kelantan