Ramalan hujan, ribut petir dalam tempoh lebih panjang di utara Semenanjung

Bernama
November 26, 2023 12:54 MYT
Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri berkenaan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini.
Justeru, MetMalaysia, menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
#hujan lebat #cuaca #utara semenanjung #ribut petir #MetMalaysia