MALAYSIA
Ramanan diberi tanggungjawab kawal selia, pantau pelaksanaan projek kuil, sekolah Tamil
Ramanan berkata perancangan seterusnya akan melibatkan perbincangan bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan sebelum mengumumkan langkah-langkah seterusnya. - Gambar fail/FB Ramanan Ramakrishnan
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R Ramanan diberi tanggungjawab mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek yang melibatkan kuil dan sekolah Tamil.
Ringkasan AI
Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, baru-baru ini mengarahkan Ramanan bertanggungjawab menjaga hal ehwal komuniti India, termasuk merangka inisiatif baharu bagi masyarakat tersebut.
Ramanan, yang juga Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima surat berhubung perkara tersebut pada Isnin lalu.
"Ya, saya telah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan saya akan ulas lanjut selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat", katanya.
Beliau berkata perancangan seterusnya akan melibatkan perbincangan bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan sebelum mengumumkan langkah-langkahnya menjelang hujung minggu ini atau minggu depan.
Sejak dilantik pada Disember 2023, Ramanan telah melaksanakan beberapa inisiatif melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan ekonomi komuniti usahawan India.
Antaranya termasuk peruntukan RM100 juta melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big melalui TEKUN Nasional, jumlah terbesar yang pernah diperuntukkan khusus untuk komuniti India.
Selain itu, Ramanan berkata RM100 juta diperuntukkan untuk pemerkasaan usahawan wanita India melalui Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN), RM100 juta melalui Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i), serta RM50 juta untuk Skim Pembiayaan Vanigham di bawah SME Bank bagi membantu perusahaan kecil.
Program lain termasuk geran padanan RM6 juta melalui Business Accelerator untuk Syarikat Milikan India (I-BAP) SME Corp, bantuan rumah ibadat, Program Vanakkam Madani, Empowering Indian Entrepreneurs (EIP), dan bantuan geran untuk Koperasi Komuniti India (Bakti Madani) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Seri R Ramanan diberi tanggungjawab memantau projek kuil dan sekolah Tamil, serta merangka inisiatif baharu untuk komuniti India atas arahan Perdana Menteri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
- Ramanan telah melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk komuniti India, termasuk SPUMI, PENN, BRIEF-i dan Vanigham dengan jumlah peruntukan melebihi RM350 juta sejak Disember 2023.
- Perancangan lanjut akan melibatkan kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan, dan langkah-langkah baharu dijangka diumumkan dalam masa terdekat.