awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rambo' anggap dakwaan rogol satu pembohongan, buat laporan polis balas

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2017
00:59 MYT
'Rambo' anggap dakwaan rogol satu pembohongan, buat laporan polis balas
Stallone didakwa merogol mangsa kira-kira 27 tahun lalu - Reuters
SYLVESTER Stallone dilaporkan bertemu peguam jenayah terkenal Hollywood Blair Berk pada Jumaat.
Memetik sumber portal hiburan TMZ, Berk membantu Stallone buat laporan polis terhadap wanita yang mendakwa jadi mangsa rogol bintang filem Rambo itu.
Pertemuan di pejabat Berk turut disertai peguam sivil Stallone, Marty Singer.
Polis Santa Monica sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat laporan seorang wanita yang mendakwa dirogol pelakon berusia 71 tahun itu sekitar tahun 1990.
Stallone bagaimanapun mendakwa tuduhan itu satu pembohongan dan bertindak membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan turut membuat laporan polis.
Stallone yang sudah lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia pergileman pernah menerima pencalonan Oscar untuk filem Rocky dan Creed.
Bukan tuduhan pertama
Sementara itu juucakap polis Santa Monica Leftenan Saul Rodriguez mengesahkan pihaknya sedang membuat siasatan rapi berhubung dakwaan berkenaan sebelum diserahkan kepada peguam wilayah.
“Mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu pada November 2017. Kejadian dilaporkan berlaku pada awal 1990-an di Santa Monica,” dedah Rodriguez.
Stallone sebelum ini pernah dituduh melakukan gangguan seksual bersama pengawal peribadinya terhadap seorang remaja berusia 16 tahun di las Vegas sekitar tahun 1980-an.
Dakwaan itu turut dinafikan pelakon veteran tersebut.
Topic Berkaitan
#Rambo
#rogol
#seksual
#Sylvester Stallone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan