awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramesh cabar Waythamoorthy bertanding di Kajang, sanggup bagi deposit

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/03/2014
09:11 MYT
Ramesh cabar Waythamoorthy bertanding di Kajang, sanggup bagi deposit
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, hari ini mencabar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy untuk bertanding di Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.
Presidennya, Ramesh Rao berkata cabaran ini diajukan kepada Waythamoorthy kerana beliau selalu membuat tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) menipu masyarakat India di negara ini.
“Kalau cerita Waythamoorthy ini betul, kami cabar dia untuk bertanding di Kajang dan ulangi cerita ini kepada penduduk di Kajang.
“Kalau Waythamoorthy tiada duit deposit, kami akan beri dia duit deposit. Jikalau beliau berjaya mendapatkan lebih 2,000 undi orang India, kami akan sokong dia,” kata Ramesh dalam suatu sidang media.
Ramesh yang turut disertai oleh Ikatan Rakyat Muslim Malaysian dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkata dakwaan Waythamoorthy bahawa kerajaan BN zalim adalah tidak berasas.
“Kalau BN zalim, mana ada kuil atau sekolah Tamil? HINDRAF kata sekolah Tamil ditutup kerana BN zalim. Ini tidak benar..sekolah Tamil ditutup kerana tidak cukup murid.
“Kepada mereka-mereka yang pertikaikan isu sekolah Tamil, diamlah!
“Hantar anak kamu ke sekolah Tamil dahulu,” katanya.
Ramesh turut mendakwa Waythamoorthy telah mengeluarkan kenyataan bahawa 300,000 kaum India tidak mempunyai kad pengenalan dan ianya merupakan satu tuduhan yang menyentuh sentimen kaum India di negara ini.
“Waythamoorthy membuat dakwaan itu semasa pilihan raya umum ke 13 dan ia adalah satu fitnah yang serius.
“Saya telah memeriksa dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tiada laporan dibuat tentang perkara itu.
“Dia tidak ada bukti. Kalau ada bukti kami akan tolong habis-habisan untuk warga Malaysia yang tiada kad pengenalan untuk mendapatkannya," tambahnya.
Ramesh turut menggesa kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat Waythamoorthy di atas kenyataan tidak berasas itu.
Topic Berkaitan
#P. Waythamoorthy
#Ramesh Rao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan