awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang baharu

Bernama
Bernama
24/04/2025
04:45 MYT
Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang baharu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (kanan) berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu, Tun Ramli Ngah Talib (dua, kiri), hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025.

Ringkasan AI
  • Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan mulai 1 Mei 2025.
  • Beliau menerima surat pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).
  • Ramli menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan akan berkhidmat selama empat tahun hingga 30 April 2029.

Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini.
Pada istiadat sama, Ramli, 84, turut dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun.
Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Mei 2025 hingga 30 April 2029.
Pelantikan Ramli bagi menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menyandang jawatan itu bermula 1 Mei 2021.
Istiadat pengurniaan itu turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Ramli pernah menyandang jawatan penting di peringkat Persekutuan dan negeri, antaranya sebagai Menteri Besar Perak kelapan selama 17 tahun bermula 1982 hingga 1999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ramli Ngah Talib
#Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang
#surat cara pelantikan
#Ahmad Fuzi Abdul Razak
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan