MALAYSIA
Rampasan dadah cecah lebih RM459 juta dalam 10 bulan - Kastam
Anis Rizana berkata sindiket turut menggunakan kontena bermuatan kargo seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan basah dari Thailand dengan menyelitkan dadah bersama komoditi berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan 594 kes dadah dengan nilai rampasan mencecah RM459.30 juta sejak Januari hingga Oktober lepas.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata jumlah dalam tempoh 10 bulan itu mencerminkan keupayaan operasi yang teguh, kepakaran anggota serta keberkesanan strategi penguatkuasaan yang dilaksanakan agensi berkenaan.
Beliau berkata melalui rampasan berkenaan, pihaknya turut mengesan sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa termasuk memanfaatkan perkhidmatan kurier melalui penggunaan nama dan alamat palsu untuk penghantaran bungkusan.
"Antara modus operandi dikesan ialah menyeludup melalui pintu masuk sempadan negara menggunakan kenderaan yang dibawa individu atau keldai dadah dengan bagasi disembunyikan dalam kenderaan.
"Mereka juga dikesan mengubah suai kenderaan dengan mewujudkan ruang khas bagi menyorok bahan terlarang itu di bahagian komponen kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Anis Rizana berkata sindiket turut menggunakan kontena bermuatan kargo seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan basah dari Thailand dengan menyelitkan dadah bersama komoditi berkenaan.
Selain itu, kaedah 'drop point' turut digunakan dengan meninggalkan dadah di lokasi tertentu untuk diambil individu lain sebelum diedarkan termasuk perbuatan meninggalkan dadah di pulau tidak berpenghuni bagi mengelak pengesanan pihak berkuasa.
Bagi memperkukuh kawalan sempadan, beliau berkata JKDM telah melaksanakan beberapa langkah tegas termasuk menggerakkan Operasi Joint Task Force (JTF) bersama Indonesia di Sabah dan Sarawak dari 1 hingga 31 Julai lepas, yang merekodkan nilai rampasan RM39.22 juta.
"JKDM turut melaksanakan pemeriksaan rutin di semua pintu masuk negara melalui pegawai yang bertugas di kawasan sempadan dengan tumpuan khusus di negeri yang bersempadan di kawasan berisiko tinggi seperti Segi Tiga Emas.
"Rondaan berkala turut dijalankan oleh Unit Marin JKDM di perairan negara dengan perhatian khusus diberikan di kawasan hotspot," katanya.
Selain itu, Anis Rizana berkata penggunaan Anjing Pengesan Dadah (APD) turut dipertingkatkan melalui penambahan aset serta latihan berterusan bagi memastikan keberkesanan pengesanan di lapangan.
"Usaha risikan berasaskan maklumat turut ditingkatkan dengan pegawai risikan digerakkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JKDM merekodkan 594 kes dadah dengan nilai rampasan RM459.30 juta dari Januari hingga Oktober lalu, mencerminkan keberkesanan operasi dan strategi penguatkuasaan agensi tersebut.
- Sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai modus operandi termasuk menyeludup dadah melalui pintu masuk sempadan negara, mengubah suai kenderaan, dan menggunakan kontena bermuatan kargo untuk menyelitkan dadah.
- JKDM melaksanakan langkah tegas termasuk Operasi Joint Task Force (JTF) bersama Indonesia, pemeriksaan rutin di pintu masuk negara, rondaan marin, dan penggunaan Anjing Pengesan Dadah (APD) bagi memerangi penyeludupan dadah.