MALAYSIA
Rancakkan MADANI: Platform hebahan reformasi perkhidmatan awam
Ia menjadi platform mempromosi dan menyebar luas Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam setelah pembaharuan digerakkan oleh Kerajaan MADANI.
KUALA LUMPUR: Program Rancakkan MADANI yang akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember di Dataran Putrajaya dijangka menarik lebih 300,000 pengunjung, menjadikannya program komunikasi rakyat terbesar setakat ini anjuran Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri.
Program tiga hari ini menampilkan pameran perkhidmatan kerajaan, forum dasar, sesi libat urus, dan program tarikan rakyat, selain menjadi platform mempromosi dan menyebar luas Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), setelah pembaharuan digerakkan oleh Kerajaan MADANI bagi memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam.
Serentak dengan Rancakkan MADANI, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 akan diadakan, melibatkan pemikir dasar, penjawat awam, dan pemain industri.
Pengarah Seksyen Pengurusan Moden dan Teknologi, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Saliza Saari berkata, hebahan berkaitan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) menjadi antara fokus utama, sejajar usaha meningkatkan keberkesanan kerajaan serta memberi manfaat kepada rakyat dan peniaga industri.
"Apabila Malaysia melaksanakan RKB ini, ianya adalah satu bukti bahawa kerajaan sangat mementingkan reformasi atau penambahbaikan yang mana ianya memberi manfaat kepada bukan sahaja rakyat, tapi peniaga industri yang berdepan dengan perkhidmatan kerajaan selama ini.
"Itulah sebabnya RKB ini sangat penting sebab kita kena melihat beberapa peraturan serta dokumen. Menerusi RKB ini, banyak aktiviti ataupun proses-proses yang kita tambah baik," katanya ketika muncul dalam program Agenda AWANI, pada Rabu.
Selain itu, program ini memberi peluang kementerian, kerajaan negeri, dan pihak berkepentingan menilai inisiatif reformasi secara langsung, termasuk Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025.
Timbalan Pengarah Kanan Cawangan Reformasi Strategik JPA, Ahmad Najme Muhammad berkata, Akta Iltizam bertujuan mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan.
"Akta Iltizam sebenarnya telah menggariskan empat tindakan utama yang perlu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai di peringkat kementerian dan juga jabatan.
"Perkara pertama, setiap kementerian dan jabatan perlu membuat semakan terhadap semua pekeliling garis panduan dan arahan yang membebankan, yang tak relevan, dan sebagainya. Apabila mereka membuat semakan, mereka boleh menentukan perkara-perkara yang boleh dilaksanakan untuk penambahbaikan.
"Langkah kedua, pihak kementerian perlu melaksanakan pengurangan beban kawal selia sebanyak 25 peratus dalam tempoh tiga tahun. Bukannya laksanakan terus, tetapi diberi tempoh masa yang menasabah.
"Selepas itu, apabila peraturan baru dilaksanakan, peraturan lama perlu dimansuhkan, iaitu mekanisme 'one in, one out', supaya tidak berlaku lambakan pekeliling dalam setiap kementerian dan jabatan," katanya.