GADGETS
AS rancang haramkan teknologi China pada kabel dasar laut

FCC merancang untuk mengharamkan penggunaan teknologi dari China dalam kabel dasar laut yang bersambung ke AS, sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber dan fizikal. -Gambar fail/Amanz
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk melaksanakan peraturan baharu yang akan mengharamkan penggunaan teknologi dari China pada kabel dasar laut yang bersambung ke negara itu,
Ringkasan AI
- FCC merancang untuk mengharamkan penggunaan teknologi dari China dalam kabel dasar laut yang bersambung ke AS, sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber dan fizikal.
- Peraturan baharu ini menyasarkan syarikat dari negara yang dikategorikan sebagai "musuh asing" seperti Huawei dan ZTE, serta menggalakkan penggunaan komponen dan kapal penyelenggaraan milik AS.
- Langkah ini dipacu oleh insiden keselamatan dan geopolitik, termasuk pemotongan kabel dasar laut yang dikaitkan dengan China, serta usaha menyokong pembangunan pusat data dan teknologi AI di AS.
“Kami telah menyaksikan infrastruktur kabel dasar laut terancam dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh musuh asing seperti China.
"Oleh itu, kami mengambil tindakan untuk melindungi kabel-kabel ini daripada pemilikan dan akses oleh pihak luar serta ancaman siber dan fizikal,” katanya.
Kabel dasar laut merupakan tulang belakang kepada 99 peratus trafik internet antarabangsa, menjadikannya sasaran utama dalam konflik geopolitik dan risikan.
Sejak 2020, pihak berkuasa AS telah membatalkan sekurang-kurangnya empat projek kabel yang dirancang untuk menghubungkan negara itu dengan Hong Kong atas kebimbangan keselamatan.
Peraturan baharu ini akan melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai dalam senarai entiti ancaman FCC, termasuk Huawei, ZTE, China Telecom dan China Mobile.
Selain melarang penggunaan peralatan dari syarikat-syarikat tersebut, FCC turut mencadangkan insentif untuk syarikat-syarikat AS dalam pembekalan komponen, serta penggunaan kapal penyelenggaraan milik AS bagi kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut.
Langkah ini sejajar dengan Memorandum Pelaburan Amerika Pertama yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, yang menekankan bahawa keselamatan ekonomi adalah sebahagian daripada keselamatan negara.
FCC menyatakan bahawa pelaburan dalam kabel dasar laut juga penting untuk menyokong pembangunan pusat data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) di AS.
Insiden pemotongan kabel dasar laut di Laut Baltik dan sekitar Kepulauan Matsu di Taiwan yang dikaitkan dengan kapal China turut menjadi faktor pendorong kepada cadangan ini.
FCC turut membuka ruang untuk komen awam mengenai langkah tambahan bagi memperkukuh keselamatan kabel dasar laut daripada pengaruh luar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami