awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rancang pemberian vaksin, elak bekalan terputus - Pakar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/02/2021
06:19 MYT
Rancang pemberian vaksin, elak bekalan terputus - Pakar
Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu membuat perancangan dan strategi yang khusus dalam memastikan proses pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan teratur.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, langkah itu juga penting bagi memastikan tiada sebarang isu kekurangan vaksin timbul pada fasa seterusnya.
“Kerajaan perlu sentiasa sedia dan mempunyai bekalan mencukupi sebelum jadual pelaksanaan dibuat.
“Kita mempunyai lebih dari satu jenis vaksin dan kita harapkan kesemua vaksin tersebut melepasi proses pendaftaran NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) dan boleh digunakan apabila tiba masanya nanti,” katanya ketika ketika ditemu bual Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, Dr Zainal turut menegaskan, langkah itu juga membantu dalam memastikan kawalan serta rekod bekalan dapat dibuat untuk persediaan seterusnya.
Pemberian vaksin fasa pertama ini bakal menumpukan kepada kumpulan barisan hadapan sebelum ia dibuka dalam jumlah yang lebih besar menjelang fasa kedua.
Seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19 pada fasa pertama setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#kerajaan
#kesihatan
#koronavirus
#Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#Dr Zainal Ariffin Omar
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan