awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Musim mendaki di Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu
DUNIA
Penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan dekat Izmir, Turkiye
DUNIA
Ketua PBB beri amaran bajet bantuan "hampir tiada" pada persidangan pembangunan di Sepanyol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rang Undang-undang Warga Emas dibentang tahun depan - Nancy

Bernama
Bernama
30/06/2025
08:30 MYT
Rang Undang-undang Warga Emas dibentang tahun depan - Nancy
Nancy bercakap pada sidang media selepas merasmikan Persidangan ASEAN + Republik Korea mengenai Penjagaan dan Sokongan untuk Warga Emas, di sini hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyiapkan draf Rang Undang-undang Warga Emas yang bertujuan melindungi hak dan kesejahteraan golongan itu, dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan telah menyiapkan draf Rang Undang-undang Warga Emas, yang bertujuan melindungi hak dan kesejahteraan warga emas, dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun 2026 selepas diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hujung tahun ini.
  • Kementerian sedang mengadakan rundingan lanjut dengan pihak industri dan kerajaan negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, bagi memastikan rang undang-undang ini bersifat inklusif dan menyeluruh.
  • Pertumbuhan pesat industri penjagaan warga emas mendorong keperluan undang-undang khusus, dengan pelbagai pihak menunjukkan minat untuk terlibat dalam proses penggubalan secara menyeluruh.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya bercadang menyerahkan draf itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelang akhir tahun ini, namun beliau menjangkakan rang undang-undang itu hanya boleh dibentangkan di Parlimen tahun depan.
Beliau berkata pihak kementerian sedang menjalankan perbincangan lanjut dengan pihak pemain industri dan kerajaan negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Apa yang kita lakukan sekarang ialah kita perlu kembali kepada pemain industri dan pihak-pihak berkepentingan untuk berunding semula dengan mereka, dan kita juga perlu merujuk kepada setiap negeri.
"Jadi ini adalah perkara yang berterusan, kerana rang undang-undang itu bukan hanya untuk penduduk di Semenanjung sahaja," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan ASEAN + Republik Korea mengenai Penjagaan dan Sokongan untuk Warga Emas, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad dan Duta Besar Republik Korea ke ASEAN Lee Jang Keun.
Nancy berkata minat yang semakin meningkat dalam industri penjagaan telah menyumbang kepada keperluan untuk perbincangan yang lebih luas.
"Kita mahu menyegerakan perkara ini... Industri ini berkembang dengan pesat, ramai yang berminat dan mahu menjadi sebahagian daripada proses penggubalan undang-undang menerusi perbincangan yang menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang Warga Emas
#Nancy Shukri
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#dibentang di Parlimen
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami