MALAYSIA
Rang Undang-Undang Pekerja Gig 2025 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (tengah) bercakap pada sidang media Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 di Pusat Media Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib 1.2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.
Ringkasan AI
Menteri Sumber Manusia Steven Sim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini.
Sim pada sidang media selepas itu berkata RUU berkenaan mempunyai empat komponen asas melibatkan definisi pekerja gig, mekanisme kilanan, isu kadar bayaran dan keselamatan sosial.
Beliau berkata RUU itu digubal selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Sumber Manusia mencari mekanisme perlindungan terhadap pekerja sektor itu.
"Sebanyak 40 sesi libat urus melibatkan hampir 4,000 pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama kerajaan negeri, wakil majikan, syarikat, persatuan pekerja gig, kesatuan sekerja, ahli akademik dan badan bukan kerajaan bagi mendapatkan pandangan terhadap undang-undang ini," katanya.
Selain itu, Sim berkata ruang maklum balas turut diadakan secara dalam talian dan telah menerima 500 pandangan dalam mewujudkan RUU itu.
"Saya mohon semua pihak khususnya Ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang untuk menyokong dan akhirnya meluluskan RUU ini demi masa depan yang baik untuk pekerja gig yang telah berhempas-pulas bermandi keringat mencari rezeki serta memberikan kemudahan kepada kita semua," katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM) Masrizal Mahidin pada sidang media sama menyambut baik langkah kerajaan membentangkan RUU itu yang disifatkan sebagai anjakan reformasi baharu bagi mengangkat martabat pekerja gig di negara ini.
"GEM yakin RUU ini adalah pengubah keadaan yang akan merubah suasana industri gig di Malaysia dengan lebih terjamin dan terpelihara," katanya.
Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) Khalil Saleh turut berterima kasih kepada kerajaan kerana membentangkan RUU itu yang bukan sahaja membela nasib pekerja tetapi juga menjadi platform untuk memastikan mereka mempunyai ruang terhadap perundangan yang adil.
RUU berkenaan antaranya bertujuan melindungi hak pekerja gig, mengadakan peruntukan bagi kewajipan entiti kontrak serta mengawal selia terma dan syarat perjanjian perkhidmatan yang dibuat antara entiti kontrak dengan pekerja gig.
Fasal 8 RUU itu menyatakan seseorang pekerja gig antaranya hendaklah dimaklumkan terma dan syarat perjanjian perkhidmatan serta kadar dan butiran pendapatan yang dipersetujui sebelum pekerja gig itu bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan.
Selain itu, RUU itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi mekanisme penyelesaian pertikaian, menubuhkan Majlis Perundingan dan penubuhan Tribunal Pekerja Gig.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RUU ini bertujuan melindungi hak 1.2 juta pekerja gig dengan empat komponen utama: definisi pekerja gig, mekanisme aduan, kadar bayaran, dan keselamatan sosial.
- Sebanyak 40 sesi libat urus dan 500 maklum balas diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, majikan, NGO dan persatuan pekerja gig.
- RUU ini memperkenalkan Majlis Perundingan, Tribunal Pekerja Gig serta mewajibkan pendedahan terma perkhidmatan dan kadar bayaran sebelum kerja dimulakan.