awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial dalam peringkat akhir

Bernama
Bernama
17/03/2021
04:39 MYT
Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial dalam peringkat akhir
RINA: Penggubalan Rang Undang-Undang ini penting bagi mendepani cabaran sosial dan bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini dalam peringkat akhir penggubalan draf Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial, kata Menterinya Datuk Seri Rina Harun.
Melalui perundangan itu, katanya profesion kerja sosial itu akan diiktiraf melalui pendaftaran dan perakuan amalan yang dikawal selia oleh Majlis Profesion Kerja Sosial.
"Penggubalan Rang Undang-Undang ini penting bagi mendepani cabaran sosial dan bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas yang rentan, orang kurang upaya dan golongan memerlukan," katanya.
Rina berkata demikian pada Malam Apresiasi Pekerja Sosial yang diadakan sempena sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2021 semalam, dalam kenyataan dikeluarkan KPWKM hari ini.
Sehingga Disember 2020, terdapat 3,814 pegawai skim sosial pelbagai gred yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam skop tugas pekerja sosial yang melibatkan pengurusan kes kepada kumpulan sasar.
Kerja sosial adalah aktiviti yang dijalankan oleh seorang pekerja sosial profesional terlatih bagi meningkatkan kesejahteraan dan kefungsian sosial individu, keluarga, kumpulan, organisasi atau masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#penggubalan draf
#RUU
#Rang Undang-Undang
#prfesion kerja sosial
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan