DREBAR
Range Rover dipandu atas jambatan kertas! [+video]

Baru-baru ini sebuah Range Rover telah dipandu merentasi jambatan yang dibuat sepenuhnya dengan kertas. Aksi yang dilakukan di Suzhou, China, ini telah dilakukan untuk meraikan ulangtahun ke-45 barisan model Range Rover dan inovasi yang mereka telah perkenalkan selama ini.
Jambatan ini sepanjang lima meter dan dibuat tanpa menggunakan pelekat, gam, skru ataupun nat. Proses pembuatannya mengambil masa tiga hari di sebuah bandar yang terkenal dengan jambatan-jambatannya sehingga Suzhou diberi gelaran ‘Venice Timur’.

Ketua pelatih ‘Land Rover Experience’ Chris Zhou telah diberi tugas untuk memandu Range Rover ini merentasi jambatan kertas yang telah siap dibina. Pereka jambatan ini, Steve Messam berkata bahawa struktur kertas yang boleh menampung berat manusia sudah agak biasa, tetapi skala bagi jambatan ini memang sesuatu yang unik.
Menariknya jambatan kertas ini juga berjaya membuktikan keberkesanan sistem-sistem cengkaman bagi Range Rover tersebut. Pemanduan yang dilakukan nampaknya langsung tidak merosakkan permukaan kertas yang digunakan.
Tambahan lagi, sistem ‘Terrain Response 2’ dan All Terrain Progress Control (ATPC) membolehkan pemandu untuk memberi fokus kepada kawalan stereng sambil sistem tersebut mengawal kelajuan antara 1b/sj – 19b/sj (1.6km/j – 30.5km/j) tanpa input pendikit daripada pemandu. Kelebihan sistem ini secara praktikalnya amat berguna digunakan di atas permukaan licin, ataupun di mana cengkaman memang kurang.
(Klik untuk imej penuh)