awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka kanak-kanak perempuan lima tahun ditemui

Bernama
Bernama
07/04/2022
15:43 MYT
Rangka kanak-kanak perempuan lima tahun ditemui
Penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang. - Gambar/ Bernama
SEREMBAN: Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tiga suspek yang ditahan sebelum ini berhubung kes penemuan mayat wanita tanpa identiti dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus, 20 Mac lepas.
Beliau berkata rangka kanak-kanak itu ditemukan bertaburan di atas tanah dan dilitupi daun kering kira-kira 10 meter dari lokasi asal pencarian sejak 28 Mac, setelah polis membawa dua daripada suspek berkenaan ke lokasi kejadian.
"Penemuan rangka ini melibatkan kes kanak-kanak hilang sebelum ini, kami percaya tulang ini berkemungkinan adalah milik mangsa, bagaimanapun kita masih lagi menyiasat dengan proses forensik dan patalogi akan dilakukan untuk mengesahkanmya.
"Kemungkinan dalam tempoh dua ke tiga bulan (meninggal dunia) sebelum rangka ditemui. Namun mayat wanita yang ditemukan di gaung itu tiada kaitan dengan kanak-kanak ini, tetapi dipercayai masing-masing pernah tinggal bersama suspek," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nanda yakin bahawa melalui penemuan rangka kanak-kanak tersebut, polis sekali gus akan dapat menyelesaikan kes penemuan mayat wanita di dalam gaung berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin.
"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus oleh seorang lelaki ketika berjoging dan mengambil gambar di kawasan tersebut.
Susulan kejadian itu, tiga individu iaitu dua lelaki, masing-masing berusia 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berusia 18 tahun yang mempunyai talian persaudaraan direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rangka kanak-kanak
#Seremban
#mayat wanita dalam gaung
#Taman Bukit Zamrud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan