PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rangka kerja MADANI bukan hanya memfokus kepada proses penyelesaian masalah tetapi juga nilai-nilai murni bagi membina moral yang baik dalam kalangan masyarakat.
Berucap pada 'Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri' di Seri Perdana di sini hari ini, beliau berkata rangka kerja MADANI adalah kaedah terbaik bagi menjana masyarakat yang lebih baik terutama dalam kalangan generasi muda.
"MADANI bukan sahaja berkisar mengenai kemampanan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan tetapi juga menggariskan tentang falsafah, nilai-nilai murni serta integriti dari segi membina akhlak yang baik," katanya.
Konsep Malaysia MADANI, yang diperkenal oleh Anwar secara rasmi pada 19 Jan lepas adalah berteraskan enam tunjang utama iaitu kemampanan (keMampanan), kesejahteraan (kesejAhteraan), berdaya cipta (Daya cipta), hormat (hormAt), keyakinan (keyakiNan) dan ihsan (Ihsan).
Ketika menzahirkan penghargaan kepada pengasas merangkap Presiden Institut Penyelidikan Islam Yaqeen Dr Omar Suleiman kerana menyampaikan syarahan MADANI, Perdana Menteri menyifatkan beliau sebagai seorang intelektual dan aktivis muda yang diperlukan dalam setiap masyarakat.
"Saya mengikuti setiap syarahan yang disampaikan oleh Omar dan saya rasa suara beliau mampu menyentuh serta mempengaruhi masyarakat," katanya.
Terdahulu, Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyertai 20 jemaah menunaikan solat Maghrib yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Muhammad Hazri Othman sebelum meluangkan masa kira-kira sejam dalam sesi perkongsian ilmu bersama Omar.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ilmu MADANI bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana hari ini. - Foto BERNAMA
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Rangka kerja MADANI bina moral yang baik dalam kalangan masyarakat - PM
Perdana Menteri berkata rangka kerja MADANI adalah kaedah terbaik bagi menjana masyarakat yang lebih baik terutama dalam kalangan generasi muda.