[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Rangka manusia ditemukan di kawasan semak belakang rumah

Bernama 03/05/2025 | 10:30 MYT
Polis sedang menyiasat kemungkinan kaitan rangka tersebut dengan kes kehilangan seorang lelaki tahun lalu. - PDRM
KUANTAN: Seorang lelaki yang sedang membersihkan kawasan semak terperanjat besar apabila menemukan tulang-tulang yang disyaki rangka manusia di belakang sebuah rumah di Felda Bukit Mendi, Triang, Bera, semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki menemukan tulang yang disyaki rangka manusia di kawasan semak di Felda Bukit Mendi, Bera, ketika sedang meracun rumput.
  • Polis sedang menyiasat kemungkinan kaitan rangka tersebut dengan kes kehilangan seorang lelaki tahun lalu, dengan pakaian dipercayai milik si mati ditemukan berhampiran.
  • Tulang dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera untuk pengesahan DNA, bagi mengenal pasti identiti individu terbabit.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata tulang berkenaan ditemukan lelaki berusia 51 tahun itu semasa sedang meracun rumput kira-kira 4 petang.
"Lelaki itu kemudiannya membuat laporan polis, dan siasatan awal mendapati rangka tersebut berada di kawasan semak, dengan pakaian seperti baju, seluar dan jaket dipercayai milik si mati dijumpai berhampiran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zulkiflee berkata pihaknya pernah menerima laporan kehilangan seorang lelaki berusia 48 tahun pada Julai tahun lepas, dan siasatan lanjut sama ada penemuan itu mempunyai kaitan dengan kes hilang berkenaan, sedang dijalankan.
".. tulang berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Bera bagi proses pengesahan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti si mati," katanya.
-- BERNAMA
#rangka manusia #Felda Bukit Mendi #tulang belakang rumah #Bera