awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim

Bernama
Bernama
12/12/2023
07:20 MYT
Rangka manusia ditemukan di Sungai Malim
Rangka manusia itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu separuh daripada rangka tersebut tertimbus dengan daun dan tanah. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Rangka manusia dalam keadaan tidak sempurna ditemukan di tebing Sungai Malim di Taman Gadong Perdana di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata rangka itu ditemukan orang awam yang sedang memancing di sungai berkenaan dan perkara itu dilaporkan kepada Balai Polis Malim kira-kira 5.10 petang.
"Siasatan telah dijalankan bersama pasukan forensik dan Unit K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka serta Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Melaka dan rangka berkenaan telah disahkan adalah rangka manusia oleh doktor terlibat.
"Rangka manusia itu ditemukan dalam keadaan tidak sempurna iaitu separuh daripada rangka tersebut tertimbus dengan daun dan tanah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata rangka itu dipercayai telah diangkat naik dari sungai oleh jengkaut yang sedang membuat kerja-kerja pembesaran Sungai Malim.
Hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian juga tidak menjumpai maklumat mengenai identiti mangsa serta sebarang unsur jenayah, katanya.
Christopher berkata rangka manusia terbabit telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Forensik
#rangka manusia
#tebing Sungai Malim
#Taman Gadong Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan