awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/11/2024
04:00 MYT
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC
Fahmi pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta semua pihak menghormati keputusan melantik syarikat U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebagai penyedia Rangkaian 5G Kedua Malaysia.
Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.
Tegasnya, pelantikan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua itu dibuat berdasarkan tata kelola yang baik, bukannya secara penganugerahan terus.
Menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat hari ini, beliau juga menegaskan ia bukan penganugerahan lesen, sebaliknya peruntukan spektrum.
“Sebelum saya mulakan, saya ingin tegur salah guna perkataan dalam soalan tadi. Pertama adalah penggunaan kata 'lesen' dan kedua adalah 'kontrak'.
"Saya nak jelaskan bahawa apa yang telah diumumkan oleh MCMC, bukan memberikan lesen tapi peruntukan spektrum.
“Dan ia bukan kontrak, tidak melibatkan dana awam, tidak melibatkan dana kerajaan, bagi rangkaian 5G kedua,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#MCMC
#rangkaian 5G
#Fahmi Fadzil
#U Mobile
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan