Berikut adalah rangkuman 5 berita yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini:
KDN diminta kaji semula undang-undang lapuk - Ahmad Zahid
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengkaji semula undang-undang lapuk bagi membolehkan
hukuman lebih setimpal dikenakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian semula dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara itu perlu bagi menyediakan perundangan dan hukuman bersifat futuristik iaitu rasional bagi tempoh panjang untuk setiap kesalahan yang dilakukan.
Daish dibimbangi kukuh kedudukan di rantau Asia Tenggara
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangan berhubung kemungkinan pejuang daish mencari peluang di rantau ini.
Beliau berkata, kerajaan menerusi perjanjian tiga hala bersama Indonesia dan Filipina akan terus membuat rondaan bersama, rondaan berpusat serta pemburuan penceroboh.
PAP umum sertai PRU-14
Parti Alternatif Rakyat (PAP) mengesahkan bertanding di sekurang-kurangnya lapan kerusi Parlimen dan 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAP Zulkifli Mohd Noor berkata parti berbilang kaum itu telah dan sedang mengenal pasti pemimpin berkaliber termasuk dalam kalangan generasi muda dan wanita untuk diletakkan sebagai calon.
PAP yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 30 Oktober 2015, ditubuhkan bekas anggota DAP susulan krisis dalaman dan kepimpinan parti itu.
Bas bawa tentera Turki dibom
13 anggota tentera Turki disahkan maut manakala 48 lagi cedera dalam serangan bom kereta ke atas sebuah bas di Bandar Kayseri.
Menurut stesen penyiaran NTV, kenyataan tentera juga menyebut orang awam turut cedera dalam serangan terhadap sebuah bas yang membawa anggota tentera dan orang awam berhampiran sebuah kampus universiti.
Kes pertama selesema burung H5N8 di Britain
Lebih 5,000 unggas di ladang ternakan milik Turki di United Kingdom disahkan positif virus selesema burung atau H5N8.
Sebahagian besar daripada unggas berkenaan telah mati sementara bakinya akan dilupuskan bagi mengelak virus berkenaan merebak.
Astro Awani
Sat Dec 17 2016
Berikut adalah rangkuman 5 berita yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.