NATIONAL
Rangkuman tengah hari: 5 berita pilihan
Saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi siasatan lanjut.
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan tengah hari ini.
Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang hari ini adalah benar.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjemput orang ramai memberi maklum balas terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu yang baru dilancarkan.
Taktik premis hiburan bekal dadah kepada remaja membimbangkan
Kewujudan semakin banyak premis hiburan yang digunakan para penagih atau pengedar dadah untuk membekalkan bahan terlarang itu kepada pelanggan semakin membimbangkan, terutamanya menjelang sambutan tahun baharu kerana menyasarkan golongan remaja, khususnya pelajar sekolah.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata melalui formula 'satu penagih dadah mencari empat mangsa/pelanggan', penagih atau pengedar semakin berani dengan memasukkan dadah ke dalam botol minuman seperti Coca Cola atau Ribena atau di dalam rokok.
Gol menarik Mohd Faiz Subri yang dimuat naik di YouTube oleh FIFATV kini mencecah lebih dua juta tontonan.
Setakat 12.30 tengah hari semalam, video tersebut yang dimuat naik pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia apabila ditonton 2,161,006 pelayar Internet.
Zon Keselamatan (SZ) di selatan Thailand, yang dinantikan sejak sekian lama, dijangka dibuka sebagai percubaan di satu kawasan yang dipersetujui bersama pada separuh pertama tahun depan.
Jurucakap MARA Patani (Majlis Syura Patani) Abu Hafez al-Hakim berkata projek perintis (SZ) itu akan menjadi satu lagi ujian dalam usaha membina keyakinan di antara kerajaan Thailand dan kumpulan militan.