awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
Wartawan FMT, Rex Tan mohon maaf terhadap soalan kontroversi ceramah Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rantai anak di tong gas: Ibu bapa mungkin diwajibkan hadir sesi kaunseling

Bernama
Bernama
08/10/2017
03:44 MYT
Rantai anak di tong gas: Ibu bapa mungkin diwajibkan hadir sesi kaunseling
Rohani berkata langkah itu diambil bertujuan memastikan kes penderaan kanak-kanak tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada ibu bapa.
Ibu bapa yang terlibat dengan kes penderaan kanak-kanak mungkin diwajibkan menjalani sesi kaunseling dan kursus keibubapaan selepas mereka menjalani hukuman mahkamah sekiranya disabit kesalahan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu bertujuan memastikan kes penderaan kanak-kanak tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada ibu bapa.
"Kes-kes sebegini menguatkan tekad saya untuk turun padang mengadakan ceramah dan saya nak mewajibkan kursus kepada ibu bapa.
"Dalam perkara seperti ini, apabila disabitkan akan dikenakan hukuman yang biasa, hukum dan denda... selepas itu mereka perlu mengikuti kursus keibubapaan dan kaunseling," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Larian Amal Pink Wig-A-Thon 2017 anjuran Pink Ribbon Wellness Foundation di Taman Botani Perdana, di sini hari ini.
Rohani merujuk kepada kes penderaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirantai pada tong gas di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang dilaporkan media baru-baru ini.
Susulan kes itu, seorang anggota tentera berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa, ditahan reman selama enam hari bermula 6 Okt.
Sementara itu, Rohani berkata kanser payu dara masih menjadi pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita.
"Jadi program larian amal ini bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit itu dan kepentingan membuat saringan awal bersempena Oktober sebagai bulan kesedaran kanser payu dara," katanya.
Program dwitahunan kali kedua itu disertai kira-kira 2,500 orang yang memakai rambut palsu berwarna merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap penghidap kanser payu dara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#keluarga
#Kuantan
#mahkamah
#mangsa
#menteri
#rantai
#Rohani Abdul Karim
#tentera
#tong gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan