awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api

Sinar Harian
Sinar Harian
14/03/2024
15:49 MYT
Rantau Panjang, Tumpat 'lubuk rezeki' penyeludup bahan api
Rantau Panjang dan Tumpat merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak menafikan jajahan Rantau Panjang dan Tumpat di negeri ini merupakan lubuk rezeki kepada penyeludup bahan api bersubsidi.
Pengarahnya, Azman Ismail berkata, aktiviti menjual 'hak milik' rakyat tempatan kepada negara jiran adalah punca pendapatan kepada sesetengan penduduk.
Menurut beliau, kesempatan itu diambil apabila terdapat 48 buah stesen minyak pada radius 25 kilometer (km) dari sempadan negara.
"Setakat ini hasil tangkapan serta serbuan yang dilakukan kami, penyeludup paling muda ialah berusia 16 tahun.
"Malah ada yang melibatkan pasangan suami isteri mencari rezeki dengan cara ini.
"Dengan upah sekitar RM30 hingga RM50 setiap trip sudah tentu ia satu tawaran yang menarik.
"Lebih-lebih lagi permintaan tinggi dari negara jiran kerana di sana bahan api dijual pada harga mahal," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, pemantauan sentiasa dilakukan malah serbuan serta operasi yang dibuat turut mengancam nyawa anggota penguat kuasa.
Ujarnya, ini kerana ada dalam kalangan penyeludup mempunyai senjata api, selain bertindak agresif seperti membaling kon serta menghalang tugas pihak berkuasa.
Mengulas lanjut Azman memberitahu, ada penyeludup yang mengubah suai tangki kereta dan kebanyakannya ditangkap di stesen minyak.
"Bagi yang membeli bahan api secara sah atau tidak diisi ke dalam tong jerikin, ia adalah bukan satu kesalahan.
"Ini kerana ada dalam kalangan mereka yang tidak ubah suai tangki minyak dan membeli seperti biasa.
"Ia menjadi kesalahan apabila bahan api yang diisi tadi dibawa ke pangkalan haram untuk dijual," katanya.
Beliau memberitahu, begitu juga dengan kenderaan asing yang memasuki sempadan negara terutamanya di Rantau Panjang, mereka hanya boleh mengisi sekitar 20 liter bahan api sahaja.
Ujar Azman, sebaliknya berlaku apabila mereka membuat pengisian berulang.
"Bagaimanapun semua ini kita sentiasa pantau dan ambil tindakan jika dilihat menyalahi undang-undang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rantau Panjang
#penyeludup minyak
#sempadan thailand
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan