awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang

Bernama
Bernama
24/03/2024
12:48 MYT
Rapatkan saf ketika solat untuk peroleh ganjaran pahala - Mufti P. Pinang
Tuntutan merapatkan saf ketika solat tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika pandemik COVID-19. - Astro AWANI/Shahir Omar
GEORGE TOWN: Umat Islam dituntut merapatkan saf ketika menunaikan solat berjemaah termasuk solat sunat tarawih supaya mendapat ganjaran pahala berlipat ganda, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata tuntutan itu tidak wajar diabaikan kecuali dalam keadaan terpaksa termasuk mengelak jangkitan penyakit seperti ketika COVID-19 melanda dunia sebelum ini.
"Contoh kejahilan yang merugikan antara lain adalah kedudukan saf yang tidak sama ketika menunaikan solat berjemaah, sedangkan saf yang betul amat dituntut di dalam solat berjemaah sama ada fardu atau sunat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau mengulas mengenai tular gambar saf wanita yang mengikuti solat tarawih dalam keadaan lompong dan terputus saf.
Menurutnya terdapat beberapa hadis yang memerintahkan umat Islam merapatkan saf ketika solat berjemaah, justeru terdapat ulama yang berpandangan perbuatan itu adalah wajib.
Bagaimanapun, Wan Salim berkata jumhur ulama berpendapat tindakan ini sunat manakala meninggalkannya adalah makruh.
"Ini kerana dalam hadis dinyatakan bahawa menyamakan saf adalah termasuk di dalam kesempurnaan solat tetapi tidak membatalkannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rapatkan saf
#solat berjemaah
#tuntutan agama
#mufti
#ganjaran pahala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan