awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapatkan saf: MIS akan kemas kini SOP masjid ikut situasi semasa

Afiezul Samit
Afiezul Samit
09/03/2022
06:02 MYT
Rapatkan saf: MIS akan kemas kini SOP masjid ikut situasi semasa
Datuk Misnu Taha menyifatkan kebenaran merapatkan saf ketika solat bermula 1 April depan sebagai hadiah menjelang ketibaan Ramadan tidak lama lagi. - Astro AWANI
KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) masjid di negeri itu dalam masa terdekat.
Ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kebenaran untuk merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau bermula April ini.
Yang Dipertua MIS Datuk Misnu Taha berkata, MIS hanya boleh mencadangkan SOP yang bersesuaian di masjid mengikut situasi semasa.
Bagaimanapun jelasnya ia masih bergantung kepada kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
"MIS sekadar mencadangkan kepada JPBNS dan merekalah yang berkuasa untuk meluluskan.
"Ia merupakan satu ketetapan yang telah dibuat oleh JPBNS,"ujarnya.
Tambahnya lagi, tatacara sembahyang di masjid atau surau tetap dikekalkan walaupun berlaku perubahan SOP nanti.
Antaranya membuat imbasan MySejahtera dan digalakan membawa sejadah sendiri.
Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Keputusan berkenaan diambil susulan keputusan Malaysia beralih ke fasa endemik bermula April ini.
Topic Berkaitan
#Majlis Islam Sarawak MIS
#Datuk Misnu Taha
#SOP masjid
#rapat saf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan