NATIONAL

Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu bermula Khamis

Bernama 13/05/2025 | 08:15 MYT
Perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan dengan capaian pengangkutan awam rendah, menawarkan jaminan tempat duduk dengan tambang promosi RM1 setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu bermula Khamis ini, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan di kawasan mempunyai capaian pengangkutan awam agak rendah di sekitar utara dan barat Lembah Klang.

Ringkasan AI
  • Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu di utara dan barat Lembah Klang, termasuk Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh, Setia Alam, dan UiTM Kampus Puncak Alam serta Puncak Perdana.
  • Perkhidmatan ini bertujuan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan dengan capaian pengangkutan awam rendah, menawarkan jaminan tempat duduk dengan tambang promosi RM1 setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam.
  • Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan pelbagai kad dan pas perjalanan. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web Rapid KL atau mengikuti media sosial rasmi Rapid KL.

Zon baharu itu meliputi kawasan Batu Caves, Rawang, Sungai Buloh dan Setia Alam, termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria menerusi kenyataan dikeluarkan Rapid Bus Sdn Bhd hari ini berkata pihaknya, akan terus memperluas zon perkhidmatan secara berperingkat sehingga penghujung Jun 2025.
"Zon kali ini lebih tertumpu kepada kawasan mempunyai capaian pengangkutan awam yang rendah, bagi membolehkan penduduk sekitar mendapat manfaat dan meningkatkan pengalaman penumpang dalam merancang perjalanan serta capaian batuan pertama dan akhir lebih optimum," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan enam zon baharu diperkenalkan ialah Sg Way-LRT Taman Paramount, KTM Batu Caves-Hab Wira Damai, Country Homes Rawang-KTM Rawang, KTM Rawang-Taman Garing, UiTM Puncak Alam-Puncak Alam serta Alam Budiman/Setia Alam-Setia City Mall.
RAPID KL-ZON 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sehingga kini, purata sebanyak 3,792 pengguna setiap hari di 41 zon di Lembah Klang telah menikmati manfaat perkhidmatan itu meliputi penjimatan masa, perbelanjaan dan akses ke pengangkutan awam.
Perkhidmatan Rapid KL On-Demand menawarkan jaminan tempat duduk boleh ditempah setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan tambang promosi RM1.
Pengguna boleh membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, kad Touch 'n Go, Kad Konsesi MyRapid, Pas Perjalanan OKU Smile serta Pas Perjalanan Tanpa Had (My50, MyCity dan Pas Famili).
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web www.myrapid.com.my atau mengikuti media sosial rasmi Rapid KL.
-- BERNAMA
#Rapid KL On-Demand #pengangkutan awam #bas #zon baharu