MALAYSIA
Rapid Penang guna aplikasi baharu 'Rapid On-Demand' mulai 15 Nov
Aplikasi baharu ini menawarkan antara muka yang lebih intuitif serta ciri dipertingkat seperti penetapan lokasi jemputan. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), pengendali perkhidmatan Rapid Penang On-Demand, akan melaksanakan peralihan kepada aplikasi tempahan baharu, Rapid On-Demand, bermula 15 Nov bagi menggantikan penggunaan aplikasi Kummute yang digunakan sebelum ini.
Ringkasan AI
Dalam kenyataan hari ini, Rapid Bus memaklumkan peralihan tersebut akan membolehkan pengguna membuat tempahan perjalanan dengan lebih mudah dan pantas di semua zon perkhidmatan Rapid Penang On-Demand.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata langkah itu juga merupakan sebahagian daripada penyelarasan menyeluruh yang dilaksanakan oleh Rapid Bus di Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk menyatukan platform tempahan, memperkukuh sistem operasi dan meningkatkan kemudahan digital kepada pengguna.
Menurutnya, aplikasi Rapid On-Demand menampilkan antara muka baharu yang lebih mesra pengguna dan dilengkapi dengan ciri dipertingkat seperti penetapan lokasi jemputan, paparan masa ketibaan kenderaan secara masa nyata serta kemas kini status tempahan secara langsung bagi memastikan pengalaman tempahan lebih lancar dan efisien.
"Aplikasi Rapid On-Demand boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store. Pengguna Kummute sedia ada disarankan beralih kepada aplikasi ini sebelum 15 Nov bagi memastikan akses kepada perkhidmatan berjalan lancar tanpa gangguan," katanya.
Sementara itu, promosi tambang RM1 bagi setiap perjalanan akan diteruskan di 11 zon perkhidmatan Rapid Penang On-Demand, dengan kaedah pembayaran merangkumi kad debit atau kredit, DuitNow QR, e-Dompet, pas perjalanan tanpa had Mutiara serta pas Rapid Mesra (dahulunya dikenali sebagai Pas OKU Smile).
Untuk maklumat lanjut mengenai zon perkhidmatan atau panduan penggunaan aplikasi, orang ramai boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Rapid Penang atau melayari laman web www.myrapid.com.my.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Rapid Bus akan menggantikan aplikasi Kummute dengan aplikasi baharu, Rapid On-Demand, bagi perkhidmatan Rapid Penang On-Demand mulai 15 November untuk memudahkan tempahan perjalanan.
- Aplikasi baharu ini menawarkan antara muka yang lebih intuitif serta ciri dipertingkat seperti penetapan lokasi jemputan, masa ketibaan kenderaan secara masa nyata, dan kemas kini status tempahan secara langsung.
- Promosi tambang RM1 bagi setiap perjalanan dikekalkan di 11 zon perkhidmatan, dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit/kredit, DuitNow QR, e-dompet, dan pas perjalanan seperti Mutiara dan Rapid Mesra.