awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
Kementerian Digital tumpu enam bidang pacu transformasi digital - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RapidKuantan kembali beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2013
04:29 MYT
RapidKuantan kembali beroperasi
Selepas dua hari memberhentikan operasi kerana banjir, RapidKuantan kembali beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan kepada lima daripada 13 laluan seawal 6.30 pagi ini termasuk operasi Terminal Sentral Kuantan yang menjadi nadi aktiviti untuk bandar berkenaan.
“RapidKuantan menyambung semula operasi di Laluan 200, 201,601, 303 dan 401 daripada jam 6.30 pagi ini. Terminal Sentral Kuantan juga kembali beroperasi seperti biasa,” kata Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Encik Zainurul Hakim Mohamad.
“Untuk laluan-laluan lain, kami akan terus membuat pemantauan. Segala makluman akan dibuat melalui Twitter dan FaceBook RapidKuantan. Saranan saya kepada semua adalah untuk terus mengikuti twitter dan laman Facebook kami untuk maklumat terkini,” tambah beliau.
Ketika operasi normal terhalang kerana banjir, RapidKuantan, bagaimanapun, terus menabur bakti dengan membantu urusan pemindahan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan.
“Sememangnya, kami berbangga untuk dapat membantu. Rata-rata, saya kagum dengan semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan para penduduk di sini khususnya di Kuantan kerana mereka sentiasa bersedia menghulur bantuan.
“Ramai daripada staf kami yang turut terjejas kerana banjir telah turun bersama-sama rakan-rakan lain untuk membantu mangsa-mangsa lain yang lebih memerlukan. Ini benar-benar menyentuh perasaan saya,” kata Zainurul Hakim, yang berasal dari Kuala Lumpur.
Sementara Laluan 200 menghubungkan bandar dengan Teluk Cempedak, Laluan 201 pula menghubungkan Taman Gelora; Laluan 300 dengan Taman Impian; Laluan 303 dengan Terminal Sentral; dan Laluan 401 antara bandar dengan Kampung Ubai.
Topic Berkaitan
#banjir
#Pahang
#RapidKuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan